KUALA LUMPUR: Nasib yang menimpa dua kanak-kanak warga Myanmar yang meninggal dunia selepas dipercayai makan makanan daripada sisa sampah di Bukit Malut, Pulau Langkawi baru-baru ini bukan berpunca daripada status mereka sebagai pelarian.
Pensyarah Kanan Institut Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Aizat Khairi berpandangan, kerajaan Malaysia masih lagi melihat kelompok pelarian di negara ini dari sudut prinsip kemanusiaan.
Bagaimanapun, beliau berkata golongan itu masih berdepan kekangan dari segi akses kemudahan kerana Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Berkaitan Status Pelarian.
"Saya melihat sebab kerajaan Malaysia masih lagi tidak memberi status pelarian kepada golongan pelarian yang berada di negara ini kerana dilema keselamatan dan juga kedaulatan negara.
"Jika kerajaan mengiktiraf golongan pelarian di negara ini, kerajaan bimbang Malaysia akan dijadikan sebagai destinasi terakhir, bukan destinasi transit yang sebelum ini diandaikan oleh pelarian sebelum mereka boleh pergi ke negara dunia ketiga untuk meneruskan kehidupan.
"Kita masih beruntung disebabkan rakyat Malaysia ini bersopan santun, dan senang berasa kesian kepada orang lain," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Selasa.
Mengakui insiden menimpa dua kanak-kanak malang itu sebagai mengejutkan, Aizat berkata, penyelesaian kepada isu pelarian bukan satu hal yang mudah.
Ini kerana ia melibatkan soal dasar, undang-undang dan juga peruntukan kewangan sesebuah negara, katanya.
Walaupun begitu, Aizat berkata, penglibatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan golongan akademik dalam menguruskan pelarian di Malaysia membantu golongan itu untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Kalau kita melihat kepada situasi pelarian ketika ini di negara kita, kita bukan saja ada pihak UNHCR (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) yang memberi peranan utama dalam membantu mengawal selia pelarian di Malaysia.
"Tetapi, kita juga ada golongan NGO tempatan yang terdiri daripada pelbagai jenis dan mempunyai bidang pengkhususan masing-masing dari segi kebajikan, dan pendidikan yang turut sama memainkan peranan.
"Peranan NGO ini saya lihat sangat penting dalam memberi bantuan pada kadar kritikal di saat pelarian ini tidak diiktiraf statusnya di negara ini," ujar beliau lagi.
Ditanya apakah isu penyalahgunaan dadah menjadi punca kepada kemiskinan tegar, Aizat berkata, masalah sosial itu sememangnya memberi kesan negatif kepada semua lapisan masyarakat, bukan hanya kepada pelarian.
Justeru beliau berkata, semua pihak termasuk komuniti setempat memainkan peranan penting untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam mengekang sebarang masalah sosial.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan dalam kejadian pada 13 Februari lalu, dua beradik lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilapor meninggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah.
Polis turut menahan bapa kepada dua kanak-kanak itu dan ujian air kencing mendapati lelaki berusia 36 tahun itu positif dadah.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari, berkata lelaki itu akan disiasat di bawah Sek 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hasimi Muhamad
Tue Feb 15 2022
Golongan pelarian masih berdepan kekangan dari segi akses kemudahan kerana Malaysia tidak menandatangani Protokol Mengenai Pelarian. - Gambar fail
AWANI Tonight: Will tariffs take centre stage in Trump’s first 100 days?
Southeast Asian companies are preparing for the impact of stricter tariffs under Donald Trump’s second term, and Malaysia is no exception. Astro AWANI correspondent Faye Kwan looks at the implications ahead of his inauguration with Prof Saeed Khan from Wayne State University.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.
Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pagi tadi.
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.
10 Berita Pilihan - (20 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Consider This: Trump 2.0 (Part 1) — What ASEAN Can Expect
As Donald Trump returns to the White House as the 47th President of the United States, so does his ‘America First’ agenda. For Southeast Asia, the echoes of his first presidency leave the region bracing for familiar challenges—but could Trump’s second term bring surprises? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Elina Noor, Senior Fellow of the Asia Program at the Carnegie Endowment for International Peace.
AWANI Ringkas: Genjatan senjata Israel-Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kematian dua kanak-kanak pelarian: Malaysia masih layan atas prinsip kemanusiaan
Golongan pelarian di negara ini masih berdepan kekangan dari segi akses kemudahan kerana Malaysia tidak menandatangani Protokol Mengenai Pelarian.