KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner hari ini memutuskan bahawa kematian seorang penuntut universiti swasta warga Nigeria, Thomas Orhions Ewansiha ketika dalam tahanan di Depot Imigresen Bukit Jalil (DIBJ) pada Julai 2019, adalah atas sebab semula jadi.
Koroner Mahyon Talib dalam keputusan inkues lelaki itu berkata berdasarkan keterangan saksi, Ewansiha meninggal dunia akibat serangan jantung dan tiada keterangan yang jelas kematiannya berpunca daripada pengabaian atau unsur jenayah.
"Menurut seorang saksi inkues, sekiranya si mati diberi rawatan segera berkemungkinan kematiannya dapat dielakkan.
"Namun tidak dapat dinafikan bahawa pihak depoh Jabatan Imigresen juga telah berusaha untuk menyelamatkan si mati dengan cara menghubungi pihak hospital dengan segera dan memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadapnya," kata beliau.
Mendiang yang ketika kejadian berusia 33 tahun sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Limkokwing University of Creative Technology meninggalkan seorang isteri dan dua anak kecil.
Mahyon berkata berdasarkan keterangan paramedik terdapat usaha untuk menyelamatkan si mati dan ia juga diceritakan secara terperinci oleh rakan sel si mati dan seorang lagi tahanan yang ditempatkan di sel bertentangan, mengenai perkara itu.
"Secara keseluruhan, tindakan (untuk menyelamatkan si mati) telah diambil namun nasib tidak menyebelahi si mati," katanya.
Sementara itu, peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili keluarga Ewansiha ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung keputusan hari ini dan memulakan saman sivil terhadap Jabatan Imigresen Malaysia atas sebab kecuaian.
"Ewansiha diberi ubat preskripsi dan rawatan perubatan oleh individu yang tidak berkelayakan. Kami percaya inilah sebab dia mengalami serangan jantung.
"Kami bersetuju dengan mahkamah bahawa beliau telah meninggal dunia atas sebab semula jadi, tetapi kerana tidak diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya, secara tidak langsung menyebabkan kematian Ewansiha," kata peguam itu.
Sebelum ini, media melaporkan Ewansiha adalah antara 20 warga asing yang ditahan dalam satu Op Bersepadu pada 4 Julai 2019 di kawasan Desa Aman Puri, Kuala Lumpur berikutan aduan awam berkaitan kebanjiran warga Afrika di kawasan itu.
Bagaimanapun, Ewansiha meninggal dunia pada 9 Julai 2019 ketika berada dalam tahanan Jabatan Imigresen, disyaki terkena serangan sawan ketika sedang tidur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021

Mendiang yang ketika kejadian berusia 33 tahun sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Limkokwing University of Creative Technology. - Gambar hiasan

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.

Pesakit cacar monyet lari dari Thailand dijumpai di Kemboja
Lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Hukuman gantung ke atas warga Nigeria sembunyi dadah dalam perut kekal
Warga Nigeria itu dihukum gantung selepas didapati bersalah mengedar dadah dengan cara menyembunyikan 99 kapsul metamfetamina di dalam perutnya sembilan tahun lepas.

Campak cucu dari apartmen: Saksi dengar pertengkaran
Jiran suspek di sebuah pangsapuri di Danau Kota, Wangsa Maju terdengar bunyi bising dan pertengkaran sebelum insiden mencampak seorang kanak-kanak berusia empat tahun berlaku.

Lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh jururawat, Siti Kharina
Mahkamah menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan prosiding perbicaraan dijalankan pada 1, 2, 3, 15, 21 dan 22 Sept depan.

Sanggup tinggalkan bayi teresak-esak, terjun bangunan elak ditahan imigresen
Operasi dilakukan di dua lokasi di sekitar ibu negara dan tertumpu kepada warga asing terutama warga Afrika.

Tiada kes jangkitan cacar monyet dikesan di Johor
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil langkah berjaga-jaga susulan satu kes "monkeypox" yang dikesan di Singapura, melibatkan warga Nigeria berusia 38 tahun.
![[EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis [EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558140839_siti.jpg)
[EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis
Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses kepada rumah sewa Siti Kharina

Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera
Polis memburu seorang lelaki warga Nigeria, Abiziem Afeanyi Stephen, 31 tahun, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera pada 22 Jun lalu.

Tiga sesat di Bukit Cerakah ditemui selamat
Bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada polis kira-kira pukul 12.27 tengah malam sebelum melancarkan operasi mencari dua lelaki dan seorang wanita yang berusia lingkungan 60-an.

Warga Nigeria mati bergaduh dengan warga tempatan
Seorang pelajar warganegara Nigeria mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Batu Muda, Jinjang di sini.