NEW YORK: Elon Musk mengarahkan semua kakitangannya di Tesla Inc untuk kembali bekerja di pejabat atau meninggalkan syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc itu dalam satu memo memaklumkan, kesemua warga syarikat itu perlu bekerja sekurang-kurangnya 40 jam seminggu di pejabat.
“Ini adalah kurang daripada yang kami minta daripada pekerja kilang. Jika tidak hadir, kami menganggap anda telah meletak jawatan.
"Semakin kanan jawatan anda, kehadiran anda perlu lebih jelas," ujarnya dalam satu memo yang dihantar kepada kakitangannya yang tular di media sosial baru-baru ini.
Setakat ini, Tesla masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan kenyataan.
Bagaimanapun, bilionair terkenal itu dilihat secara tidak langsung telah 'mengesahkan' perkara itu menerusi Twitternya sendiri, apabila menjawab soalan seorang pengguna yang meminta komennya terhadap pihak yang menganggap bekerja di pejabat adalah konsep kuno.
Jawab Musk: "Mereka harus berpura-pura bekerja di tempat lain,".
Firma teknologi utama di Silicon Valley tidak memerlukan pekerja kembali sepenuh masa ke pejabat, berikutan keengganan sesetengah pekerja dan juga kemunculan semula kes-kes COVID-19 di California.
Pada Mei 2020, Musk membuka semula kilang Tesla di Fremont, California, melanggar arahan sekatan pergerakan Alameda County bagi membendung penularan COVID-19.
Agensi
Thu Jun 02 2022
![Kembali ke pejabat atau tinggalkan Tesla - Elon Musk Kembali ke pejabat atau tinggalkan Tesla - Elon Musk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611300447_ElonMusk.jpg)
Musk dalam satu memo memaklumkan, kesemua warga syarikat itu perlu bekerja sekurang-kurangnya 40 jam seminggu di pejabat. - Gambar/ Reuters
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kriteria PPKM: Kekuatan kewangan kukuh, dengan modal RM10 juta
Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM10 juta, berstatus Sdn Bhd dan pemilikan tempatan antara kriteria utama pelantikan PPKM. #AWANInews
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738711886_ErrolMusk.jpg)
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
![PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738703766_elonmuskIsrael.jpg)
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
![Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024 Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737453660_tbElonMusk.jpg)
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
![Trump puji Perdana Menteri Keir Starmer “lakukan kerja yang sangat baik” Trump puji Perdana Menteri Keir Starmer “lakukan kerja yang sangat baik”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737860800_DonaldTrumpKeirStar.jpg)
Trump puji Perdana Menteri Keir Starmer “lakukan kerja yang sangat baik”
Bagaimanapun, sekutu Trump, Elon Musk mengkritik Starmer dan beberapa kali mendesak agar beliau disingkirkan daripada jawatan PM UK.
![Musk pertikai laporan beliau tidak berpuas hati dengan perniagaan X Musk pertikai laporan beliau tidak berpuas hati dengan perniagaan X](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735816852_tbElonMusk.jpg)
Musk pertikai laporan beliau tidak berpuas hati dengan perniagaan X
Elon Musk dilaporkan tidak berpuas hati dengan perniagaan platform dalam taliannya, X.
![Elon Musk bikin kecoh, buat tabik Nazi Elon Musk bikin kecoh, buat tabik Nazi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737442436_TBELONMUSKHAND.jpg)
Elon Musk bikin kecoh, buat tabik Nazi
Musk dikecam gara-gara membuat isyarat tangan menyerupai tabik Nazi ketika berucap pada majlis angkat sumpah Presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733218525_ElonMuskjpg.jpg)
Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit
Elon Musk berjanji pada Sabtu untuk membantu pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) memperbaiki sistem teknologi maklumat (IT) kerajaan.
![SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672115339_ElonMusk.jpg)
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
![Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735135602_teslashanghai.jpg)
Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama
Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit.
![Musk tuduh Biden lakukan pengkhianatan kerana jual bahan tembok sempadan Musk tuduh Biden lakukan pengkhianatan kerana jual bahan tembok sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733218525_ElonMuskjpg.jpg)
Musk tuduh Biden lakukan pengkhianatan kerana jual bahan tembok sempadan
Elon Musk menuduh Joe Biden melakukan pengkhianatan berhubung penjualan bahan yang dimaksudkan untuk pembinaan tembok di sempadan dengan Mexico.