PUTRAJAYA: Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov ini untuk menyampaikan keputusannya berhubung rayuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan status agama Islam seorang wanita berusia 35 tahun.
MAIS dan kerajaan Selangor mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Dis tahun lepas yang membatalkan penukaran agama wanita itu kepada Islam oleh ibunya, seorang mualaf, ketika dia berusia empat tahun.
Hakim Datuk Yaacob Md Sam, yang bersidang bersama Datuk P. Ravinthran dan Datuk Mohd Nazlan Nohd Ghazali, berkata mereka memerlukan lebih masa untuk membincangkan isu yang dibangkitkan oleh peguam yang mewakili pihak-pihak dalam rayuan itu.
"Ia adalah kes kepentingan awam yang memerlukan kami meneliti penghujahan dan kes undang-undang. Kami menangguhkan keputusan kami ke 28 Nov," kata Yaacob, yang mempengerusikan panel itu.
Wanita kelahiran Selangor itu, berbapakan penganut agama Hindu manakala ibu beragama Buddha yang kemudiannya memeluk Islam, memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 10 Mei tahun lepas, memohon pengisytiharan bahawa dia bukan seorang beragama Islam dan mahu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengeluarkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.
Wanita itu mendakwa ibunya menukar agamanya pada 1991 di Jabatan Agama Islam Selangor. Pada masa itu ibu bapanya dalam proses perceraian dan selepas bercerai, ibunya berkahwin dengan lelaki Islam pada 1993 manakala bapa kandungnya meninggal dunia akibat kemalangan pada 1996.
Dia mendakwa walaupun beragama Islam, dia terus menganut agama Hindu dan ibu serta bapa tirinya membenarkan dia mengamalkan agama Hindu - agama yang dianuti sejak dilahirkan.
Pada 2013, wanita itu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk diisytiharkan keluar Islam tetapi permohonannya itu ditolak pada 2017, dan dia diperintahkan supaya menghadiri sesi kaunseling. Mahkamah Rayuan Syariah turut mengekalkan keputusan itu.
Wanita itu kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam (sivil) pada 2021 dan berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam.
Dalam prosiding secara dalam talian hari ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili MAIS berhujah bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf semasa membenarkan permohonan wanita itu, dengan alasan keputusan Mahkamah Tinggi adalah melanggar Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 121 (1A) memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan perkaran berkaitan agama Islam.
Mohamed Haniff berkata wanita itu sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk keluar daripada agama Islam, sambil menambah bahawa saman sivilnya adalah percubaan untuk membuat litigasi semula apa yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib@Hamid mewakili kerajaan negeri Selangor menerima pakai hujah Mohamed Haniff Khatri.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili wanita itu, dalam hujah balasnya berkata mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan anak guamnya kerana dia tidak pernah menganut agama Islam.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi betul apabila memutuskan bahawa anak guamnya tidak memeluk Islam secara sah dan penukarannya bertentangan dengan undang-undang penukaran agama Negeri pada masa itu yang menghalang penukaran agama secara unilateral.
Beliau berkata bapa kepada wanita itu masih hidup semasa ibunya menukarkan agamanya tanpa meminta persetujuan bapa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
![Kembali status agama wanita: Keputusan rayuan MAIS, Kerajaan Selangor pada 28 Nov Kembali status agama wanita: Keputusan rayuan MAIS, Kerajaan Selangor pada 28 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663071218_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
MAIS dan kerajaan Selangor mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama wanita itu kepada Islam oleh ibunya, seorang mualaf, ketika dia berusia empat tahun. - Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS 2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705481095_TBTANSRIABDULAZ.jpg)
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan MAIS bermula 15 Feb ini.
![Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737798279_TanSriAbdulAzizM.jpg)
Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah pada 2023 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.
![Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725444222_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.
![Pemantauan pematuhan tauliah pastikan agama tidak disalah guna - MAIS Pemantauan pematuhan tauliah pastikan agama tidak disalah guna - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734858627_TanSriAbdulAzizM.jpg)
Pemantauan pematuhan tauliah pastikan agama tidak disalah guna - MAIS
Pemantauan pematuhan syarat tauliah mengajar agama Islam yang dilaksanakan dengan tegas di Selangor adalah bagi memastikan keharmonian masyarakat dan kesucian agama terbela.
![Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734077526_TBbayibeku.jpg)
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
![Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732521445_SultanSelangorSul.jpg)
Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.
![JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732352368_AmilZakatFitrahM.jpg)
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
![253 wanita alami masalah sosial, akidah dipulihkan di Selangor 253 wanita alami masalah sosial, akidah dipulihkan di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729840348_stress.jpg)
253 wanita alami masalah sosial, akidah dipulihkan di Selangor
Sebanyak 253 wanita yang terlibat dengan gejala sosial dan akidah berjaya dipulihkan setelah mengikuti program pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
![Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697542735_AbdulAzizMohdYusof.jpg)
Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS
Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar telah diwartakan dan disiarkan dalam Warta Kerajaan
![Keputusan J/kuasa Fatwa Negeri mengenai GISB disembah maklum kepada Sultan Selangor esok Keputusan J/kuasa Fatwa Negeri mengenai GISB disembah maklum kepada Sultan Selangor esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727176525_TBSultanSelangor.jpg)
Keputusan J/kuasa Fatwa Negeri mengenai GISB disembah maklum kepada Sultan Selangor esok
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum berhubung keputusan yang telah dicapai mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB, esok.