KUALA LUMPUR:Cadangan untuk mengembalikan semula Akta Antiberita Tidak Benar yang telah dimansuhkan sebelum ini, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia berhubung akta tersebut serta mekanisme dilakukan kementerian bagi membendung masalah penyebaran berita palsu, terutamanya berkaitan pandemik COVID-19.
Selain itu, Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) akan mengajukan soalan kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai status semasa rasionalisasi pejabat-pejabat Education Malaysia di luar negara, manakala Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bertanya kepada Menteri Kanan Pendidikan mengenai pelaksanaan pendidikan dalam talian semasa wabak COVID-19 dan keberkesanannya.
Usai sesi itu, Menteri Kewangan akan mengemukakan Rang Undang-undang Kewangan 2020 untuk bacaan kali pertama.
Perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 kemudiannya akan mengambil tempat untuk hari kelima.
Sidang Dewan bermula minggu ini akan berlangsung selama empat jam sehari iaitu mulai 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen - 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas - dibenarkan berada di dalam dewan pada satu-satu masa.
Peraturan itu diperkenalkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19.
Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 15 2020
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
Kerajaan atasi penyebaran berita palsu melalui undang-undang sedia ada
Pada masa sama, kerajaan akan terus mengenal pasti pendekatan paling ampuh dan mapan dalam mengekang penyebaran berita tidak benar.
Kembalikan Akta Antiberita Tidak Benar tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Cadangan untuk mengembalikan semula Akta Antiberita Tidak Benar yang telah dimansuhkan sebelum ini, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Akta Antiberita Tidak Benar boleh difikirkan semula
Muhyiddin Yassin berpendapat, cadangan mewujudkan kembali Akta Antiberita Tidak Benar mungkin boleh difikirkan semula.
Mansuh Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan Dewan Rakyat, sekali lagi
Dewan Rakyat sekali lagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 selepas ditolak di Dewan Negara sebelum ini
Dewan Rakyat lulus RUU mansuh Akta Antiberita Tidak Benar
Rang Undang-Undang (RUU) bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
KKMM akan tubuh pasukan kaji Akta Antiberita Tidak Benar - Gobind
Beliau dan pasukan itu akan mengkaji semua perkara berkaitan Akta Antiberita Tidak Benar sebelum mengemukakan satu cadangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Kabinet esok.
Polis kenal pasti tujuh negeri 'kawasan panas' PRU14
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata negeri terbabit ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak.