TAWAU: Hari ini suasana di bandar Tawau berbeza daripada kebiasaan.
Buat julung kali, masyarakat setempat menyaksikan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat memulakan perjalanan Kembara Kenali Borneo di Bulatan 0KM Padang Perbandaran Tawau, di sini.
Al-Sultan Abdullah, yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda, mengetuai konvoi kembara 25 kenderaan dengan acara pelepasan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 8.30 pagi.
Turut berangkat mengikuti program kembara sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Bagaikan pesta, keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta rombongan menarik minat masyarakat setempat keluar beramai-ramai menunggu dan ingin melihat lebih dekat serta merakamkan detik bersejarah bersama pasangan diraja dan rombongan.
Hujan yang turun tidak menghalang masyarakat setempat berkumpul dan berada di sepanjang jalan raya yang menjadi laluan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta rombongan Kembara Kenali Borneo sejak awal pagi.
Kumpulan selawat, persatuan kompang dan pelatih jururawat dari kolej jururawat Kementerian Kesihatan serta pelajar sekolah meraikan keberangkatan berlepas Seri Paduka berdua dalam kembara itu, manakala orang ramai yang hadir bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah.
Sambutan hangat orang ramai jelas terpancar apabila keberangkatan Seri Paduka berdua serta motoked Kembara Kenali Borneo disaksikan ribuan murid sekolah, guru dan penduduk setempat di sepanjang perjalanan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta konvoi menuju ke Lahad Datu, yang jarak perjalanannya adalah 171.7 kilometer dari Tawau.
Terdahulu, Mufti Kerajaan Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar membacakan doa bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan Seri Paduka berdua serta peserta konvoi.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan merakamkan gambar kenangan di kawasan Bulatan 0KM, yang melambangkan titik asal penubuhan pusat pentadbiran awam di bandar Tawau dan menjadi penanda jarak ke pelbagai destinasi di seluruh bandar.
Turut hadir menyaksikan pelepasan konvoi itu adalah isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, Ahli-Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah dan kenamaan yang lain.
Kembara Kenali Borneo hingga 13 Sept ini akan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei memberi peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja dan delegasi.
Konvoi Kembara Kenali Borneo itu dijadual singgah di Menara Kayangan, Lahad Datu sebuah menara tarikan pelancong yang terletak di atas Gunung Silam pada ketinggian 884 meter dari aras laut dan kira-kira 11 kilometer dari bandar Lahad Datu.
Seri Paduka berdua dijadual mendengar taklimat ringkas daripada Jabatan Perhutanan Sabah mengenai menara serta alam semula jadi di kawasan itu, sebelum melawat sekitar Menara Kayangan.
Terletak dalam Hutan Simpan Sapagaya, Menara Kayangan setinggi kira-kira 30 meter itu juga dikenali dengan nama panggilan 'Tower of Heaven' oleh penduduk tempatan serta pelancong asing, mula dibuka kepada orang ramai pada April 2012.
Selain menikmati keindahan flora dan fauna di Gunung Silam, menara itu juga memaparkan pemandangan biru laut luas di Teluk Darvel yang memberikan pengunjung pemandangan 'dua alam' iaitu hijau hutan serta biru lautan luas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini memulakan perjalanan Kembara Kenali Borneo di Bulatan 0KM Padang Perbandaran Tawau. -- Foto BERNAMA
Agenda AWANI: Perang Dagang Global, Apa Nasib Kita?
Apa ‘plan B’ oleh Malaysia jika wujud kesan secara tidak langsung perang dagang global akibat langkah pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara? Diskusi 8.30 malam.
Ibu bapa serbu premis jual pakaian seragam sekolah RM5, tudung RM1
Sebuah premis di Jalan Telaga di Butterworth, Pulau Pinang menjual pakaian seragam sekolah serendah RM5 dan tudung RM1.
Tarif Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Provost Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata Malaysia perlu mula bergiat aktif dan mengembangkan pasaran dalam blok-blok negara dunia yang tidak dianggotai Amerika Syarikat bagi mengelakkan terbeban dengan dasar perdagangan presiden Donald Trump. Jelasnya, blok-blok berkenaan termasuklah negara anggota kepada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). #AgendaAWANI
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung. Jelasnya, bina semula Gaza bukan bermakna menganak tirikan keperluan dalam negara, sebaliknya bantuan yang hulur kepada Palestin adalah bersifat wakaf sukarela. #AgendaAWANI
Bangun semula Gaza perlu ambil kira keperluan menjelang Ramadan - ABIM
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin berkata misi membangun semula Gaza perlu mengambil kita keperluan tuntas rakyat Palestin menjelang bulan Ramadan yang akan datang. Jelasnya, penduduk dijangka berdepan dengan situasi yang amat getir memandangkan keadaan kampung halaman yang berada dalam keadaan lebih teruk daripada laporan semasa. #AgendaAWANI
Anwar tempelak pembangkang cuba jadi 'hero' isu pesawah
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pembangkang yang disifatkan seolah-olah cuba menjadi hero dalam isu pengeluaran padi dan membela nasib pesawah termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Hamzah Zainudin yang bangkit mencelah ketika sesi jawapan Menteri pagi tadi.
EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.
Op Sky: Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu
SPRM mendapati syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, menawarkan komisen kepada pelanggannya yang memperkenalkan pelanggan baharu.
AWANI Borneo [4/2/2025] – Tahap Buruk | APM Bantu Calon SPM Terperangkap | Kenal Pasti Lokasi Berisiko
Tumpuan AWANI Borneo 4 Feb 2025 bersama Pia Ernadya
- Hujan berterusan tahap buruk di Sabah dan Sarawak diramal sehingga Rabu
- APM Sandakan bantu calon SPM terperangkap di kampung ke sekolah
- Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Hujan berterusan tahap buruk di Sabah dan Sarawak diramal sehingga Rabu
- APM Sandakan bantu calon SPM terperangkap di kampung ke sekolah
- Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana