KOTA KINABALU: Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke negeri ini akan menjadi momen bersejarah buat rakyat Sabah, sekali gus memberi peluang keemasan bertemu sendiri dengan pasangan diraja itu.
Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan akan menyaksikan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak pada program yang bermula 3 hingga 13 Sept ini.
Presiden Persatuan Suku Kaum Banjar Tawau, Badrianshah Mohd Hamdi berkata, beliau terharu dengan kesudian Al-Sultan Abdullah yang bertitah sebelum ini mahu memandu sendiri menyusuri Lebuhraya Pan Borneo.
"Seri Paduka amat memahami kepentingan Lebuhraya Pan Borneo untuk rakyat di Sabah dan Sarawak yang mana ini penting kerana lebuh raya itu boleh menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi sesuatu kawasan terutama di pedalaman," katanya kepada Bernama.
Badrianshah, 67, berkata Kembara Kenali Borneo juga membolehkan Seri Paduka berdua melihat sendiri perkembangan pembinaan lebuh raya itu di Sabah yang mana Fasa 1 projek itu melibatkan 15 pakej, kini pada tahap 82 peratus dan dijangka siap Januari tahun depan.
Kembara tersebut akan bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching, Sarawak melibatkan jarak perjalanan lebih 2,100 kilometer dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Ketua Kampung Lokub, Kiulu, Unus Limun berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan menjadi tumpuan rakyat di negeri ini yang tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersama pasangan diraja itu.
Selain itu, Unus, 59, berkata keberangkatan Seri Paduka berdua ke Sabah akan membantu mempromosi negeri ini apabila gambar, video serta berita Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disiarkan media serta menjadi tatapan seluruh dunia, sekali gus mampu memberi limpahan ekonomi kepada penduduk di Sabah.
"Sektor pelancongan merupakan antara yang kita boleh nampak dapat manfaat menerusi keberangkatan Seri Paduka berdua apabila pelancong tempatan dan asing melihat sendiri di media Seri Paduka berdua melawat tempat menarik, mencuba makanan tradisi dan melihat keindahan semula jadi Sabah ini," katanya.
Pembuat kraf manik Elaine Rupyin, 49, juga berharap pada lawatan Tunku Azizah di pusat kraftangan akan mampu meningkatkan minat orang ramai terhadap kraftangan Sabah seperti seni manik daripada etnik Rungus.
"Di media sosial sendiri kita tengok ramai anak muda kita tertarik dengan gaya dibawa Tunku Azizah yang mengenakan sendiri produk kraftangan tempatan seperti Tenun Pahang Diraja, saya amat berharap Raja Permaisuri Agong dapat mengenakan kraf kita seperti Manik Pinakol (selempang dan rantai manik)," katanya.
Beliau yang berasal dari Kampung Mangkapon, Pitas juga merancang untuk bertemu sendiri Seri Paduka berdua yang dijadual berangkat ke Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Penampang pada 7 Sept ini, antara lain untuk meninjau rumah tradisi serta melihat kraftangan rakyat Sabah.
Ketua Daerah Kecil Kiulu, Tuaran, Kumin Gabpai, 72, berkata, Kembara Kenali Borneo juga membolehkan Al-Sultan Abdullah melihat pembangunan di Sabah selain beramah mesra dengan penduduk di sini.
Malim Gunung, Nazrul Rizam Abidin, 39, turut teruja apabila Seri Paduka berdua dijadual meninjau sistem tradisional Tagal di Sungai Moroli, Ranau, susulan sistem itu merupakan model penting dalam menjaga alam sekitar dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Beliau berkata, Tagal merupakan sistem tradisi melibatkan penduduk kampung menjaga ikan air tawar di sungai dengan tidak mengambilnya dan penduduk turut memantau kualiti air di sungai.
Sesiapa didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan oleh penduduk kampung, katanya.
"Diharap dengan keberangkatan Seri Paduka berdua model sistem Tagal ini dapat dikembangkan dan diberi perhatian lebih, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di seluruh negara," kata anak jati Mesilau, Ranau itu.
- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan akan menyaksikan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak pada program yang bermula 3 hingga 13 Sept ini.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana