KEPALA BATAS: Pernah terhenti akibat pandemik Covid-19 dua tahun lepas, program Kembara Singgah Sahur Parlimen Kepala Batas kembali meneruskan tradisi menyantuni dan menghargai pengorbanan anggota keselamatan dan wira tidak didendang yang bertugas termasuk wira oren Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, meskipun Ramadan sudah hampir ke penghujungnya, namun, pihaknya tidak melepaskan peluang bertemu muka dan menyerahkan menu bersahur kepada petugas syift malam di balai-balai polis dan bomba di sekitar Parlimen itu.
Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, menerusi program ini ia secara tidak langsung dapat menzahirkan penghargaan pihaknya kepada petugas yang menyumbang kepada negara, di samping meraikan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.
“Kita ingin membawa mesej di sebalik kita merayakan sambutan Aidilfitri ini, jangan kita lupa ada wira-wira yang berada di sebalik perasaan kita ini, mereka yang tidak didendangkan antaranya wira biru, polis, wira merah bomba dan tidak ketinggalan terkecuali wira oren.
“Ramai yang tidak ambil peduli kumpulan ini adalah wira oren jalanan yang kerja membesih dengan MBSP. Bila ramai dari Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman pasti akan berlakunya penjanaan sisa-sisa berlebihan daripada kebiasaan, tanpa ada wira oren ni kehidupan kita juga tidak akan berada dalam keadaan baik jadi jangan lupa (wira oren),” kata Reezal Merican.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Kembara Singgah Sahur yang turut disertai Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad dan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Moktar.
Konvoi Kembara Singgah Sahur kali ini menjelajah ke 15 lokasi balai polis dan bomba serta Komuniti Rukun tetangga di Seberang Perai Utara.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Program yang diadakan secara tradisi sejak lapan tahun lalu, kata beliau, mendapat sambutan baik pada setiap bulan Ramadan.
“Saya ambil langkah jelajah sahur lapan tahun dahulu sebagai salah satu usaha mendekatkan komuniti dengan kumpulan wira biru, wira merah dan juga wira oren sebagai tanda terima kasih serta sanjungan kami terhadap pengorbanan mereka,” ujar beliau lagi.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun May 01 2022

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyampaikan sumbangan hari raya kepada anggota polis pada program Kembara Singgah Sahur Parlimen Kepala Batas. - Gambar Astro AWANI

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kembara Singgah Sahur santuni wira tidak didendang di penghujung Ramadan
Kembara Singgah Sahur Parlimen Kepala santuni dan menghargai pengorbanan anggota keselamatan dan wira tidak didendang.