JURI tetap sebuah acara nyanyian, Mas Idayu akhirnya membuka mulut untuk memberi komen kepada pasangan duo Sissy Iman dan Naim Daniel.
Kata Mas Idayu atau mesra disapa Mommy, Sissy dan Naim telah memberikan persembahan yang terbaik selain memuji kualiti vokal mereka yang semakin meningkat.
“Pendapat saya, saya kalau tak suka saya cakap tak suka. Tapi malam ini adalah vokal yang paling bagus pernah awak persembahkan.
“Hanya ada satu minggu yang kamu silap besar, minggu lain-lain awak sangat bagus. Awak lupa yang awak berdua sangat hebat. Overall saya memang suka,” katanya.
Mas Idayu berkata demikian usai Sissy dan Naim melakukan persembahan menerusi lagu Sumpah nyanyian asal Naim di pentas akhir sebuah acara nyanyian yang berlangsung pada Ahad.
Sementara itu, menjengah ke laman Twitter, rata-rata memuji sikap Mas Idayu yang bertindak profesional.
"I like Mommy, sangat profesional malam ini," kata seorang wargamaya.
"Kan manis dengar Mommy puji Sissy malam ni," ujar seorang netizen.
Terdahulu, kecoh apabila Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program nyanyian dikritik secara kasar oleh juri tetap, Mas Idayu selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.
Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas. Malah, pada minggu seterusnya, Mas Idayu dilihat enggan memberikan komen kepada pasangan tersebut.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Tue Feb 07 2023

Kata Mas Idayu Sissy dan Naim telah memberikan persembahan yang terbaik selain memuji kualiti vokal mereka yang semakin meningkat. - Gambar GEMPAK

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kilauan Emas 2024: Budin tersingkir di minggu keenam, tujuh peserta layak ke separuh akhir
Ron dan Budin mendapat tangga kedua tercorot dengan markah masing-masing iaitu 63.58% dan 41.74% namun hanya Budin disingkirkan di minggu keenam.

Kemelut Mas Idayu - Sissy Iman - Naim Daniel berakhir...
Sikap penyanyi dan juri Mas Idayu yang profesional dipuji ramai.

'Bukan gimik!' - Sissy Imann kongsi kisah di sebalik jual album RM20
Sissy yang dalam keadaan emosi tidak terkawal ketika itu mencampak albumnya yang berada di atas meja disebabkan terlalu kecewa dengan dirinya.

'Dahlah, kami nak berhenti nyanyi' - Naim Daniel berseloroh buka restoran dengan Sissy Iman
Selepas melalui fasa sedih selama beberapa hari, akhirnya Sissy dilihat sudah mampu bergelak tawa bersama pasangan duetnya iaitu penyanyi Naim Daniel.

"Maaf sebab saya tak sekuat awak..." - Sissy Iman belum pulih, minta beri ruang
Sissy Iman minta maaf kepada Naim Daniel.

Rumah tangga didakwa mula goyah, Mas Idayu beri penjelasan...
Bersabarlah Mummy...

Mas Idayu dedah kenapa air matanya gugur sebelum akad nikah
Mas Idayu mendedahkan sebab mengapa air matanya jatuh sebelum suaminya, Muhamad Sufian Isa melafazkan akad pada majlis pernikahannya pagi tadi.

Mas Idayu kini bergelar isteri Muhamad Sufian Isa
Hanya dengan sekali lafaz, Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Muhamad Sufian Isa.

"Tarikh nikah sudah ada" - Mas Idayu menghitung hari bahagia
Mas Idayu juga sudah menerima 'tanda'dihantar oleh bakal suaminya, Muhammad Sufian Che Isa pada Ahad lalu.

'Mummy dah happy', Mas Idayu nikah penerbit eksekutif TV September ini!
Mas Idayu dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.