Kejayaan pasukan Selangor menundukkan Air Asia All-Star FC 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi mampu membangkitkan semangat juang pasukan untuk bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Ketua Jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan berkata pasukannya yang diberi tentangan sengit oleh pasukan Air Asia All-Star FC memberi isyarat kepada pasukan itu untuk memperkemaskan lagi taktik dan tidak mudah alpa.
"Meskipun pada separuh masa pertama kita mendapat beberapa peluang keemasan, namun ia tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sudah pasti kita mahukan kemenangan dan kemenangan kita malam ini juga sebagai penaik semangat untuk menghadapi Piala AFC pada Selasa.
"Bagaimanapun saya tidak nafikan Air Asia All-Star FC telah memberi cabaran yang hebat kepada kita," katanya kepada pemberita di sini. Pada Selasa depan, Selangor akan berdepan pasukan Filipina Ceres La Salle FC di Manila bagi Piala AFC.
Mengulas kecederaan yang dialami beberapa pemain The Red Giants sebelum ini, Zainal berkata pihaknya tidak risau memandangkan mereka yang cedera telah menunjukkan perkembangan yang sangat positif dan mampu bermain di Piala AFC.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranum yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu berkata pasukan yang diberi jolokan sebagai The Red Jets itu telah mempamerkan aksi yang cukup baik pada separuh masa pertama namun kehilangan fokus pada separuh masa kedua.
"Mereka bermain dengan baik dan kental selain mampu memberi cabaran sengit kepada Selangor. Ramai yang menjangkakan kita akan kalah teruk namun kita masih mampu memberi saingan.
"Separuh masa pertama kita telah bermain dengan cukup baik mengawal asakan Selangor, cuma di separuh masa kedua kita kehilangan fokus. Gol kedua Selangor adalah hasil kesilapan sendiri," katanya.
Dua gol Selangor dijaringkan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-68 dan Abdul Hadi Yahya, selang lapan minit kemudian.
Bernama
Sat Feb 20 2016

Ketua Jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan berkata pasukannya yang diberi tentangan sengit. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kemenangan Selangor bangkit semangat juang ke Piala AFC - Zainal
Kejayaan pasukan Selangor mampu membangkitkan semangat juang pasukan untuk bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).