Kementerian Kerja Raya belum menerima maklumat terkini mengenai kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang atau jambatan ketiga.
Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada Mei 2016, kerajaan Pulau Pinang menghantar surat kepada kementerian meminta kelulusan bagi jambatan ketiga tanpa mengemukakan apa-apa dokumen sokongan.
"Tidak dapat meneruskannya tanpa dokumen sokongan, kementerian telah lima kali meminta laporan pada bulan-bulan berikut untuk laporan kajian itu, membabitkan kos RM305 juta yang ditanggung oleh kerajaan Pulau Pinang dengan sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar setakat Mei 2016," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Fadillah berkata pada 6 Ogos tahun lepas, kerajaan pulau Pinang mengaku bahawa kajian itu belum siap sepenuhnya dan berjanji untuk mengemukakannya kepada kementerian seawal 2017.
"Hari ini menandakan berakhirnya suku pertama 2017. Kementerian ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kami belum menerima kajian itu. Oleh itu, kementerian tidak harus dipersalahkan bagi sebarang kelewatan.
"Kementerian juga ingin melahirkan kebimbangan mengenai projek itu dan menawarkan bantuan kepada kerajaan Pulau Pinang sekiranya mereka memerlukannya," kata beliau.
Fadillah berkata kementerian juga percaya bahawa kos RM305 juta bagi kajian tersebut adalah terlalu tinggi dan di luar garis panduan kos bagi projek pembinaan seperti ini.
"Kami mempunyai kepakaran untuk menyiapkan kajian itu mengikut masa ditetapkan dan pada kos lebih rendah. Kami sekali lagi menawarkan kesediaan untuk membantu kerajaan Pulau Pinang jika mereka memerlukan bantuan," katanya
Fadillah juga berkata tanah di Pulau Pinang bernilai RM2.83 bilion yang ditukar untuk projek itu telah diprajual oleh syarikat konsesi terowong kepada sebuah syarikat disenaraikan pada satu majlis menandatangani perjanjian pada 15 Jan, 2016 yang dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Walaupun membuat pembayaran dan prapenjualan tanah negeri, kami dimaklumkan bahawa fasa pertama projek iti mulanya dijangka dimulakan pada awal 2015.
"Sejak 2015, kerajaan Pulau Pinang kemudian beberapa kali telah menyemak semula garis masa projek atas pelbagai sebab," kata beliau.
Fadillah berkata baru-baru ini, anggota Exco kerajaan Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi infrastruktur berkata fasa pertama projek dijangka hanya bermula paling awal pada pertengahan 2018.
"Kementerian terus melahirkan kebimbangan mengenai kelewatan ini, kos kajian dan kos projek tersebut," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2017

FADILLAH: Kementerian ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kami belum menerima kajian itu. Oleh itu, kementerian tidak harus dipersalahkan bagi sebarang kelewatan. -Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.

Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.

Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.

Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.