Ringkasan AI
- Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor gas asli.
- Pelan ini bertujuan merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
- Pelan ini juga akan mengetengahkan pendirian kerajaan mengenai isu kawal selia utama, menangani halangan, dan menggariskan peluang dalam membina infrastruktur gas yang kukuh untuk menjamin bekalan jangka panjang.
Beliau berkata ini juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
"Kita mahu mengetengahkan pendirian kerajaan mengenai isu-isu kawal selia utama, memaparkan bagaimana halangan ini akan ditangani selain menggariskan peluang dalam membina infrastruktur gas yang teguh dan menjamin bekalan jangka panjang Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) di sini, hari ini.
Sambil menyifatkan dorongan sedemikian sebagai penting, Rafizi berkata ini terutamanya apabila mengambil kira aspek geopolitik tenaga selain keadaan pasaran gas global yang lebih berpecah berbanding minyak mentah.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)