KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Perdana Menteri hari ini.
Sesi serahan dokumen itu merupakan simbol sempurnanya sesi penyediaan dokumen KSP RMKe-12 sebelum dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada 11 September 2023, kata kementerian itu di laman sosial Facebook hari ini.
"Penyediaan dokumen ini telah mengambil masa hampir setahun untuk diselesaikan dan melibatkan penyertaan semua pemegang taruh yang terdiri daripada kementerian, agensi kerajaan, pihak swasta, badan antarabangsa, ahli-ahli akademik, badan pertubuhan sivil dan orang awam," katanya.
KSP RMKe-12 merupakan dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni.
Dokumen itu juga disediakan beraspirasikan kepada wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Hadir sama pada sesi serahan dokumen tersebut ialah Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Ketua Setiausaha Datuk Nor Azmie Diron dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Dr Zunika Mohamed.
Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dari 2021-2025 disediakan bagi mengukur pencapaian sasaran untuk tempoh dua tahun pertama serta menghadapi cabaran-cabaran getir yang menjejaskan aspirasi RMKe-12.
Penyediaan KSP RMKe-12 akan merangkumi kajian semula sasaran, strategi, inisiatif, program dan projek pembangunan bagi mencapai matlamat pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
![Kementerian Ekonomi serah dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12 kepada PM hari ini Kementerian Ekonomi serah dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12 kepada PM hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694186564_TBrafizi.jpg)
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Perdana Menteri hari ini. - Foto FB Kementerian Ekonomi
![AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737105069_NajibRazak.jpg)
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
![Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738741828_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
![Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718838127_MohdNaimMokhtar.jpg)
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
![Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731742624_tbAzamBaki.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
![67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan 67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738646043_tbcollisionBlackH.jpg)
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
![Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738741845_LukanismanAwangSau.jpg)
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
![Kementerian Ekonomi serah dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12 kepada PM hari ini Kementerian Ekonomi serah dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12 kepada PM hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694186564_TBrafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi serah dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12 kepada PM hari ini
Sesi serahan dokumen itu merupakan simbol sempurnanya sesi penyediaan dokumen KSP RMKe-12 sebelum dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada 11 September 2023.