PUTRAJAYA: Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan menghantar wakil seramai boleh bagi menghadiri Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini esok.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata beliau menjangkakan lebih 5,000 orang akan hadir ke majlis Amanat Perdana, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pukul 2 petang.
Beliau berkata penjawat awam yang datang dari jauh juga dinasihatkan untuk turut menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada Khamis ini.
"Bagi yang telah datang dari jauh, mungkin boleh lajakkan sehari dua lagi perjalanan untuk menghadiri majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok, serta sambutan Hari Kebangsaan yang akan turut diadakan di Putrajaya 31 Ogos 2023," katanya.
Mohd Zuki berkata demikian ketika berucap pada Malam Anugerah Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed.
Sementara itu, beliau mahu penjawat awam menterjemahkan semangat patriotisme menerusi tindakan antaranya dalam bekerja atau dalam latihan sukan yang diwakili.
"Kalau boleh, harumkanlah nama negara kita sehingga ke persada antarabangsa, agar dunia tahu Malaysia kini telah bersedia untuk menjadi sebuah negara yang maju, gagah dan terkehadapan dalam pelbagai bidang," katanya.
Memetik kisah benar Malbatt pada 1993 yang kini difilemkan dengan tajuk MALBATT: MISI BAKARA, Mohd Zuki berkata pengajaran kisah benar itu, menujukkan seluruh penjawat awam perlu menggenggam erat semangat patriotisme dengan kukuh dan teguh di dalam sanubari masing-masing.
Beliau berkata filem MALBATT: MISI BAKARA, memaparkan bagaimana askar-askar 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia, telah menyelamatkan askar Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Ibu Negara Somalia, dalam kejadian yang digelar Black Hawk Down dalam sejarah ketenteraan dunia pada 1993.
"Dalam misi MALBATT ini yang pada asalnya bertujuan mengawasi gencatan senjata di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Batalion Malaysia telah diarahkan dalam satu misi berani mati untuk menyelamatkan 70 tentera US Ranger dan Delta Force Amerika Syarikat (AS), yang terperangkap sehingga mengakibatkan satu nyawa askar kita telah terkorban, manakala puluhan lagi telah cedera parah.
"Menerusi kejayaan misi ini, yang pada akhirnya tentera kita berjaya mengeluarkan tentera AS dari ancaman musuh selepas enam jam bertempur, dunia telah mula mengenali Malaysia kerana keberanian dan keperwiraan 70 orang tentera kita di Somalia," katanya.
Mohd Zuki juga mengarahkan agar bangunan kerajaan serta kuarters kerajaan, untuk menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan hari kemerdekaan.
"Memang benar semangat patriotisme ini tidak boleh diukur melalui kibaran bendera semata-mata, namun kita harus ingat melalui kibaran benderalah kita dapat menzahirkan rasa cinta kepada negara ini," katanya.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 dengan tema 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Ini kali kelima Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan. Putrajaya pernah menjadi tuan rumah pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata beliau menjangkakan lebih 5,000 orang akan hadir ke majlis Amanat Perdana, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pukul 2 petang. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Amanat Hari Kebangsaan: PM Anwar imbau insiden Lahad Datu, semarakkan jiwa merdeka
Perdana Menteri sekali lagi akan menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2024 bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini.

PM Anwar sampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 petang ini
Amanat berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen media tempatan.

Kementerian, jabatan diwajibkan hantar wakil hadiri Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan menghantar wakil seramai boleh bagi menghadiri Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023.