Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan tempatan bagi menawarkan harga tiket penerbangan yang berpatutan ke seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerjasama dengan Malaysia Airlines, Air Asia, FireFly, MASWings serta Malindo adalah antara usaha yang dilakukan oleh kementerian dalam usaha merancakkan kembali industri pelancongan domestik di negara ini yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.
"Ada yang digabungkan dengan pakej percutian, bukan sahaja untuk destinasi di Sarawak dan Sabah, malah kerjasama ini turut membabitkan destinasi di negeri-negeri lain di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini, hari ini.
Nancy berkata dalam usaha untuk membantu memulihkan kembali industri pelancongan negara, beliau bersama pasukan MOTAC juga sedang melakukan siri lawatan 'Jelajah Semarakkan Pelancongan Domestik' yang bermula pada 13 Jun lepas.
Setakat ini katanya, MOTAC telah ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur, Perlis serta Kedah dan enam lagi siri lawatan itu akan diadakan sehingga akhir tahun ini dalam usaha untuk mempromosikan destinasi dan produk pelancongan di seluruh negara.
"Di samping itu, siri jelajah ini juga digunakan untuk memberi pendedahan dan memastikan penggiat-penggiat industri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Pematuhan dan amalan norma baharu ini boleh memainkan peranan utama dalam membina keyakinan masyarakat bahawa Malaysia adalah destinasi yang selamat untuk dikunjungi," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, peranan untuk memulihkan industri pelancongan, seni dan budaya tidak dilakukan sendirian oleh kementerian itu, tetapi turut dibantu oleh kerajaan negeri.
Antara kerjasama yang telah dilakukan ialah antara Tourism Malaysia dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dalam mempromosikan Sarawak melalui kempen Cuti-Cuti Sarawak, menganjurkan program webinar pelancongan domestik serta kempen Pelancongan Domestik Cuti-Cuti Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020

MOTAC sudah menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Airlines, Air Asia, FireFly, MASWings serta Malindo. -Gambar fail
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.

Kementerian kerjasama dengan syarikat penerbangan tawar harga tiket berpatutan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan tempatan bagi menawarkan harga tiket penerbangan yang berpatutan ke seluruh negara.

Hospital swasta digesa jadikan kos rawatan lebih berpatutan
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berharap pusat-pusat rawatan swasta dapat mengurangkan kos rawatan mereka.