Kementerian Kesihatan akan mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya mengecualikan air mineral daripada dikenakan cukai.
Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata ketika ini, air mineral dikenakan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus dan langkah untuk mengecualikannya bertujuan mengalakkan orang ramai supaya berhenti daripada meminum minuman bergula.
"Kami hendak menggalakkan orang ramai supaya berhenti daripada meminum minuman bergula dan cadangan agar cukai dikenakan terhadap minuman bergula pula bukan bertujuan untuk menghukum, tetapi untuk memberi peringatan bahawa minuman manis tidak baik untuk kesihatan," katanya pada majlis berbuka puasa bersama-sama pegawai dan anggota polis di ibu pejabat polis Barat Laut di sini pada Jumaat.
Semalam, Dr Hilmi memberitahu persidangan Dewan Negara bahawa kementerian itu bercadang mengemukakan syor agar cukai dikenakan terhadap minuman bergula sebagai usaha mencegah peningkatan jumlah penghidap penyakit kencing manis dan obesiti di negara ini seperti yang dilaksanakan di Britain.
Beliau berkata, Malaysia kini menduduki tangga teratas dalam kalangan negara anggota ASEAN dan ketujuh di Asia dari segi jumlah penduduk yang mengalami obesiti dan mempunyai 3.5 juta pesakit kencing manis.
Menurut kaji selidik kementerian itu, jumlah pesakit kencing manis di Malaysia meningkat daripada 15.2 peratus pada 2011 kepada 17.7 peratus pada 2015.
"Jumlahnya meningkat hari demi hari dan sungguh membimbangkan kerana penyakit kencing manis dan obesiti boleh menimbulkan isu kesihatan lain yang serius seperti masalah jantung dan buah pinggang," kata Dr Hilmi.
Beliau berkata oleh kerana pendekatan secara lembut seperti ceramah dan kempen, tidak memberi kesan terhadap orang ramai, maka kementerian itu berpendapat tindakan bersifat pencegahan perlu diambil bagi mengelak jumlah pesakit daripada terus meningkat.
"Ini merupakan suatu mekanisme baharu dan cadangan ini adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Pemakanan III bagi tempoh 2016 hingga 2025," kata beliau.
Bernama
Sat Jun 18 2016

Langkah untuk mengecualikannya bertujuan mengalakkan orang ramai supaya berhenti daripada meminum minuman bergula.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Banjir: TH salur 10,000 kotak makanan, bantu mangsa terkesan seluruh negara
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) akan menyalurkan 10,000 kotak makanan kepada lebih 50,000 mangsa terjejas banjir di seluruh negara dalam masa terdekat.

Bekalan air terputus: Penduduk P. Pinang buat pembelian panik air mineral
Orang ramai di Pulau Pinang membuat pembelian panik apabila mula membeli air mineral dalam kuantiti yang banyak susulan ketiadaan bekalan air di kawasan kediaman mereka hari ini.

Lebih 30 tahun, air mineral Spritzer kekal relevan
Keunggulan air mineral jenama Spritzer sememangnya diiktiraf sehingga di peringkat antarabangsa.

Pemilik syarikat air didenda kerana jual air paip diambil dari tandas
SFA menegaskan, pembotolan air secara haram di kemudahan tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan.

Aliran trafik di Lebuhraya KL-Seremban sesak susulan kemalangan lori dan empat kenderaan
Kemalangan kira-kira 6.00 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan air mineral dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh empat kenderaan.

Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral
Menerima sebotol air mineral 500ml sebagai tanda terima kasih daripada seorang bapa dan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar lelaki merupakan antara pengalaman menyentuh hati.

Anak kapal bergantung kepada air mineral semasa hanyut
Air mineral, semangat diri dan ingatan kepada orang tersayang menjadi penguat semangat kepada sembilan anak kapal KD Perdana semasa hanyut selama 51 jam di laut Sabtu lalu.

Hamzah bidas Guan Eng soal beban kewangan berkaitan harga minyak masak
Mengikut perkiraan, jika setiap pengguna menggunakan minyak masak sekilogram yang bersubsidi, maka purata perbelanjaan tidak sampai RM10 untuk lima orang setiap bulan.

Kementerian Kesihatan cadang air mineral dikecualikan GST - Dr Hilmi
Langkah untuk mengecualikannya bertujuan mengalakkan orang ramai supaya berhenti daripada meminum minuman bergula.