Kementerian Kesihatan setakat ini telah menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai RM82,000 di Kuching dan Sibu, Sarawak.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata epal keluaran syarikat Bidart Brothers, dari Bakersfield, California, Amerika Syarikat itu dikhuatiri dicemari bakteria "Listeria monocytegenes".
"Di negara ini hanya Sarawak mengimport epal dari syarikat itu dan tiada kes penyakit listeriosis dikesan setakat ini," katanya ketika menghadiri kenduri doa selamat untuk mangsa ribut di sini hari ini.
Menurut beliau, usaha proaktif memantau penjualan epal jenis berkenaan akan diteruskan sehingga isu itu selesai sepenuhnya.
Beliau menasihati orang ramai yang termakan epal berkenaan supaya segera membuat pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.
Hilmi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau, berkata antara tanda awal gejala serangan penyakit bawaan makanan itu ialah sakit kepala, muntah, demam dan kekejangan pada leher.
"Masyarakat diminta jangan panik kerana bukan semua epal bahaya hanya epal dari syarikat itu sahaja dikhuatiri tercemar," katanya.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaporkan telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.
Bernama
Sun Jan 18 2015
Antara tanda awal gejala serangan penyakit bawaan makanan itu ialah sakit kepala, muntah, demam dan kekejangan pada leher.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Poland sasar pasaran Malaysia untuk eksport epal
Poland, satu daripada pengeluar epal terkemuka dunia dan terbesar di Eropah menyasarkan untuk menembusi pasaran Malaysia.
Bayi berat hampir sama dengan epal dibenarkan keluar hospital
Ketika dilahirkan di Hospital Universiti Nasional Singapura tahun lalu, Kwek Yu Xuan hanya seberat 212 gram dan 24 sentimeter panjang.
Cara bersih, kikis wax pada buah - Penting untuk elak batuk, sakit tekak
BUAH antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin.
Selepas strawberi, jarum ditemui dalam epal di Australia
Seorang ibu di Sydney terkejut selepas menemui jarum tersembunyi di dalam epal yang dibelinya di sebuah pasar raya utama di negara itu.
INFOGRAFIK: Apa itu Listeriosis?
Pada 18 Januari, Kementerian Kesihatan menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai RM82,000 di Kuching dan Sibu kerana dikhuatiri dicemari bakteria "Listeria monocytegenes."
Semua sampel epal akan dikaji kesan bakteria Listeriosis
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ujian tersebut dijalankan bagi memastikan bakteria itu tidak menular di negara ini.
Isu Epal: 'Rakyat' media sosial saling menasihati di Twitter
Pengguna Twitter dilihat saling nasihat menasihati sesama mereka untuk lebih berhati-hati sebelum membeli epal dan mengelak daripada memilih epal jenis Gala dan Granny Smith.
Kementerian Kesihatan sita 19,960 epal Gala, Granny Smith di Sarawak
Kementerian Kesihatan setakat ini telah menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai RM82,000 di Kuching dan Sibu, Sarawak.
Epal jenis Gala, Granny Smith disekat masuk ke Malaysia
Jenis epal tersebut dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.