Kementerian Kesihatan akan mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk kakitangannya ketika menjalankan tugas di kawasan berisiko tinggi seperti insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata dengan adanya SOP itu, kakitangan kementerian akan diberi latihan sewajarnya bagi memastikan keselamatan mereka.
"Kita kena memberi latihan kepada pekerja-pekerja kita bagaimana menjalankan tugas dalam keadaan yang lain daripada biasa (seperti dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu)," katanya.
Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan warga Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam Operasi Daulat di Lahad Datu di sini hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Faridah Mohd Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Pada majlis itu, kira-kira 600 anggota pasukan perubatan daripada pelbagai bahagian menerima Sijil Penghargaan dan plak. Mereka adalah sebahagian daripada 2,372 anggota pasukan perubatan yang bertugas secara bergilir sepanjang insiden pencerobohan pengganas itu.
Terdahulu dalam ucapannya Subramaniam berkata kementerian sentiasa mengiktiraf peranan pasukan perubatan dalam memberi bantuan kepada anggota keselamatan yang tercedera semasa menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara.
Astro Awani
Sun Jun 23 2013

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Pengiriman wang kekal berisiko tinggi untuk aktiviti pembiayaan keganasan di Singapura
Pengiriman wang kekal sebagai sektor berisiko tertinggi dieksploitasi untuk Pembiayaan Keganasan (TF) di Singapura, menurut laporan yang diterbitkan pada Isnin.

Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth
Individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksinasi COVID-19.

COVID-19: China laksana proses disinfeksi besar-besaran
Proses disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di bandar Zhengzhou yang terletak di wilayah China sebagai langkah membendung COVID-19.

Tiada isu potong barisan pemberian vaksin COVID-19 kepada Eina Azman, suami
Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata mengikut semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan itu adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar.

RUU Profesion Kerja Sosial pastikan kebajikan pekerja sosial terbela - Muhyiddin
RUU tersebut dapat memastikan kebajikan pekerja sosial termasuk pegawai kebajikan masyarakat lebih terbela dan diiktiraf mengikut kepakaran masing-masing.

COVID-19: India mula kempen vaksinasi besar-besaran, sasar 300 juta penduduk
Kerajaan itu mensasarkan untuk memvaksinasi 300 juta orang, termasuk 30 juta doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang lain.

COVID-19: 23 wilayah di Thailand berisiko tinggi
Perkara itu dipercayai mempunyai kaitan selepas vendor di pasar sekitar Mahachai di wilayah Samut Sakhon itu mengenal pasti perjalanan pelanggan mereka.

Lelaki didenda RM1,000 cederakan pekerja Starbucks
Mitchel Glend Samson mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya dan diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

UK tangguh longgar sekatan dua minggu lagi
Keputusan dibuat selepas negara itu mencatatkan peningkatan dalam kes COVID-19 buat pertama kali sejak Mei lalu.