Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula arahan yang mewajibkan pelajar di sekitar ibu negara yang melaksanakan Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi subjek Sejarah untuk mendapatkan
tandatangan di Jabatan Warisan Negara.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak kementerian akan berbincang dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi melihat kewajaran perlunya mendapatkan tandatangan itu.
"Saya kena lihat balik semua hal berkaitan yang dibangkitkan oleh PIBGN (Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional) dan juga akan berbincang dengan LPM mengenai perkara itu.
"...Ia termasuk juga panduan, termasuk juga jadual kajian Sejarah dibuat pada hujung minggu pertama selepas cuti sekolah. Itupun saya nak tengok baliklah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Pendidikan Daerah Padang Terap di sini, malam ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan mendakwa arahan sedemikian tidak praktikal dan mungkin menyusahkan segelintir ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke jabatan itu.
Mohamad Ali berkata kaedah mendapatkan tandatangan itu bukan satu keperluan utama untuk kerja kursus memandangkan banyak lagi kaedah lain yang lebih sesuai untuk membantu mereka.
Mahdzir berkata jika kementerian berpuas hati arahan mendapatkan tandatangan itu tidak perlu dilaksanakan, kaedah yang lebih sesuai mungkin akan diperkenalkan bagi kebaikan semua pihak.
Sementara itu, beliau berkata kementerian akan bertindak lebih tegas bagi memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Ini kerana ada kantin sekolah yang tidak mematuhi peraturan dengan menjual makanan yang memberikan kesan sampingan tidak baik terhadap kesihatan pelajar.
"Jika melanggar arahan, amaran dan tindakan akan diambil," katanya.
Bernama
Thu Jun 23 2016
![Kementerian Pendidikan akan kaji semula arahan bagi tugasan Sejarah PT3 Kementerian Pendidikan akan kaji semula arahan bagi tugasan Sejarah PT3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81459957415_MahdzirKhalid.jpg)
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak kementerian akan berbincang dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi melihat kewajaran perlunya mendapatkan tandatangan itu.
UNRWA berdepan ancaman kewujudan selepas larangan Israel
UNRWA terus beroperasi di Gaza meskipun diharamkan oleh Israel. Pesuruhjaya Philippe Lazzarini menegaskan agensi itu kekal memberi bantuan kepada pelarian Palestin walaupun berdepan tekanan global.
Resipi radikalisme: jordan angkat bendera amaran terhadap pelan trump
Rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza ke Jordan dianggap sebagai ancaman besar yang berpotensi mencetuskan radikalisme dan kekacauan di seluruh Asia Barat.
WHO: krisis kesihatan Gaza kritikal, kemudahan perubatan terhad
WHO mendedahkan sistem kesihatan Gaza lumpuh dengan hospital dan pusat kesihatan beroperasi sebahagian. Pihaknya gesa pembukaan Rafah diperluas bagi rawatan pesakit di Mesir.
Konflik Gaza: Israel serah Gaza kepada A.S setelah konflik berakhir – Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Khamis umum bahawa Israel akan menyerahkan Kawasan Gaza kepada Amerika Syarikat setelah konflik berakhir.
![ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738880899_TBaseanfootball.jpg)
ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang
Turun dalam aksi wajib menang, Miroslav Kuljanac memilih corak permainan bertahan berbanding tuan rumah yang mempamerkan corak menyerang.
![Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738879833_IsraelKatz.jpg)
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
![Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738724702_tbDonaldTrumpIsr.jpg)
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
![Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738880696_TBShweKokkocity.jpg)
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
![Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738879745_TBMarcelo.jpg)
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
![PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738880366_TBPGA.jpg)
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
![Kelantan cadang Jambatan Guillemard diiktiraf tapak warisan sejarah dunia Kelantan cadang Jambatan Guillemard diiktiraf tapak warisan sejarah dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709115718_GuillemardBridgeKu.jpg)
Kelantan cadang Jambatan Guillemard diiktiraf tapak warisan sejarah dunia
Kamarudin berkata cadangan berkenaan akan dibawa ke Jabatan Warisan Negara dalam masa terdekat.
![Tempoyak ikan patin, asam rong diiktiraf makanan warisan sejak 2009 Tempoyak ikan patin, asam rong diiktiraf makanan warisan sejak 2009](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709700278_gulaitempoyakikan.jpg)
Tempoyak ikan patin, asam rong diiktiraf makanan warisan sejak 2009
Masakan tradisional Pahang, gulai tempoyak ikan patin dan gulai asam rong antara 98 makanan yang diiktiraf Jabatan Warisan Negara sebagai Objek Warisan Tidak Ketara Warisan Kebangsaan sejak 2009.
![Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704921460_StadiumMerdeka.jpg)
Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka
Kementerian Komunikasi mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan Stadium Merdeka, yang mula dibina pada 1956.
![Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692808573_DatukAmarDouglas.jpg)
Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
![JWN jalankan ekskavasi di Gua Semadong, selamat tengkorak purba di Bukit Keteri JWN jalankan ekskavasi di Gua Semadong, selamat tengkorak purba di Bukit Keteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634225818_rangkatengkorak.jpg)
JWN jalankan ekskavasi di Gua Semadong, selamat tengkorak purba di Bukit Keteri
Jabatan Warisan Negara (JWN) akan menjalankan ekskavasi dan dokumentasi lukisan purba di Gua Semadong serta kerja-kerja penyelamatan tengkorak manusia yang ditemukan di Bukit Keteri, dekat sini.
![Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619093174_SekolahMenengahCon.jpg)
Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.
![PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615132367_MuziumNegara.jpg)
PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.
![Pantun, upacara wangkang diiktiraf UNESCO Pantun, upacara wangkang diiktiraf UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608262347_upacarawangkang.jpg)
Pantun, upacara wangkang diiktiraf UNESCO
Ini menjadikan lima warisan budaya tidak ketara negara yang diiktiraf UNESCO.
![Seni silat kini dipersada dunia dengan pengiktirafan UNESCO Seni silat kini dipersada dunia dengan pengiktirafan UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586310080_AtletSilatNegaraM.jpg)
Seni silat kini dipersada dunia dengan pengiktirafan UNESCO
Mesran menyifatkan pengiktirafan yang diperoleh tahun lalu itu membantu mempromosikan kehalusan seni persilatan Melayu kepada dunia.
![COVID-19: Kemudahan di bawah MOTAC ditutup sehingga 30 April - Nancy Shukri COVID-19: Kemudahan di bawah MOTAC ditutup sehingga 30 April - Nancy Shukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584345096_IstanaBudaya.jpg)
COVID-19: Kemudahan di bawah MOTAC ditutup sehingga 30 April - Nancy Shukri
Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta-merta sehingga 30 April ini sebagai langkah berjaga-jaga penularan jangkitan COVID-19.