Kementerian Pendidikan telah menggantung perkhidmatan sebuah syarikat yang membekal mi goreng di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor.
Ini susulan kejadian murid yang termakan mi goreng yang mengandungi serpihan kaca sehingga menyebabkan mereka terpaksa dirawat di hospital.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menggantung perkhidmatan syarikat tersebut sejurus mendapat tahu mengenai kejadian itu.
“Saya juga telah mengarahkan pembekal makanan berkelayakan mengganti syarikat pembekal mi goreng itu supaya tidak mengganggu rancangan makanan tambahan (RMT) tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di laman blog beliau.
Kamalanathan berkata, beliau masih menunggu laporan penuh dari kementerian dan hospital sebelum memutuskan tindakan yang sewajarnya untuk syarikat itu.
Beliau turut memberikan amaran tegas kepada kesemua pembekal makanan kanak-kanak sekolah agar kejadian itu tidak berulang.
“Kejadian ini tidak patut berlaku lagi dan kementerian akan menggunakan kuasa penuh undang-undang untuk menghukum mereka yang menyediakan makanan tercemar kerana tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan kebajikan anak-anak kita,” katanya lagi.
Katanya, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa sekolah dan guru yang bertanggungjawab dalam program makanan tambahan untuk memeriksa makanan dan kualitinya sebelum membenarkan murid mengambil makanan tersebut.
"Saya telah melawat murid-murid berkenaan semalam dan sangat lega apabila doktor memaklumkan tidak terdapat sebarang kes kekal ke atas murid-murid itu,” katanya.
Beliau turut mengarahkan 54 orang murid sekolah berkenaan yang memakan mi tersebut supaya melakukan x-ray bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang jangkitan akibat pemakanan beracun.
Pada Jumaat, tujuh murid dari sekolah tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas termakan serpihan kaca dalam mi yang disediakan di bawah Program RMT.
Ekoran peristiwa itu, semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkongsi perasaan marah dan kecewa bersama ibu bapa pelajar yang dilaporkan termakan kaca dalam mi goreng itu.
Sambil berharap dan berdoa pelajar-pelajar yang terlibat berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan, Perdana Menteri mahu siasatan rapi dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang timbul dalam prosedur operasi standard agar peristiwa sama tidak berulang.
T K Letchumy Tamboo
Wed Mar 02 2016

Datuk P. Kamalanathan berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menggantung perkhidmatan syarikat tersebut sejurus mendapat tahu mengenai kejadian itu. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

E-sukan sebagai subjek sekolah di Malaysia?
Adakah Malaysia bakal mencontohi negara jiran dengan memperkenalkan subjek e-sukan dalam sukatan pelajaran di sekolah?

Tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah - Kamalanathan
Antara tindakan itu termasuk tidak melanjutkan kontrak syarikat berkenaan kerana tindakan mogok di dua sekolah baru-baru ini boleh membahayakan keselamatan pelajar.

Kementerian Pendidikan gantung syarikat pembekal mi goreng 'kaca'
Kementerian Pendidikan telah menggantung perkhidmatan syarikat yang membekal mi goreng di pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor

'Guru holistik platform lahir murid cemerlang' - Kamalanathan
Kewujudan guru holistik menjamin pembentukan murid cemerlang yang mampu mentaksir kebijaksanaan merangkumi akal dan kecerdasan emosi.

Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup.

'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad
Sikap malas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan punca sekolah di Keningau, Sabah serta beberapa lagi sekolah pedalaman masih berada dalam keadaan daif.

Mahasiswa perlu berani, fikir lebih luas terokai bidang pekerjaan - Kamalanathan
Golongan mahasiswa perlu berani dan berfikiran lebih luas untuk meneroka bidang pekerjaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan.

Tiada pemotongan bajet sekolah untuk peruntukan banjir - Kamalanathan
Tiada pemotongan bajet sedia ada untuk sekolah di negara ini yang diambil bagi disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Kerajaan kaji larangan bawa telefon bimbit ke sekolah - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.

Pentadbiran sekolah jangan keterlaluan, baju kurung milik orang Malaysia - Nik Safiah
Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.