KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan hari ni mengumumkan syarat bagi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara Malaysia-Singapura yang akan bermula 29 Nov ini.
Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan pengembara dari Singapura tidak perlu memohon kebenaran perjalanan ke Malaysia di bawah VTL memandangkan kemudahan kemasukan akan diproses semasa ketibaan selain tidak perlu memohon MyTravelPass daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
Selain itu, pengembara mesti telah melengkapkan vaksin COVID-19 diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia dan berada di Singapura dan atau Malaysia dalam tempoh 14 hari berturut-turut sebelum berlepas ke Malaysia.
Pelawat jangka pendek, termasuk pengembara perniagaan dan rasmi mesti mendapatkan visa sah untuk pelawat yang memerlukan visa selain perlu membeli tiket pergi dan balik serta insurans perjalanan dengan perlindungan minimum RM100,000 untuk kos rawatan perubatan hospital berkaitan COVID-19, katanya.
Pelancong juga mesti menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa tiba di KLIA dan menunggu keputusan ujian di ruang menunggu ditetapkan KLIA dan boleh berlepas meninggalkan lapangan terbang selepas ujian disahkan negatif.
Menurut kenyataan itu, menerusi VTL, pengembara mesti menggunakan perkhidmatan penerbangan VTL yang ditetapkan antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta tidak perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.
Penerbangan VTL akan bermula dengan enam kali penerbangan setiap hari yang dikendalikan oleh AirAsia, Jetstar Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Scoot, dan Singapore Airlines.
"Malaysia menggariskan hubungan yang terjalin lama, mendalam dan meluas dengan Singapura khususnya dalam memperkukuhkan ketersambungan pengangkutan Malaysia-Singapura.
"Pandemik COVID-19 telah mewujudkan halangan yang luar biasa dan mempunyai kesan jangka panjang terhadap perjalanan udara yang mengakibatkan penurunan dalam permintaan.
"VTL adalah pencapaian penting untuk memulakan semula pemulihan penerbangan awam, yang pada masa sama turut mengambil kira isu kesihatan awam, bagi memastikan daya tahannya di masa hadapan," menurut kenyataan itu.
Butiran lanjut mengenai syarat prapelepasan dan kemasukan ke Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia manakala butiran keperluan VTL bagi perjalanan ke Singapura pula boleh didapati di https://safetravel.ica.gov.sg.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021

Penerbangan VTL akan bermula dengan enam kali penerbangan setiap hari yang dikendalikan oleh AirAsia, Jetstar Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Scoot, dan Singapore Airlines. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.

AirAsia sambung semula penerbangan ke Singapura 29 November
AirAsia akan menyambung kembali penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 Nov, 2021.

Johor mohon pelaksanaan VTL darat seiring VTL udara
Hasni berkata, kira-kira 300,000 rakyat negara ini bekerja secara ulang alik ke republik berkenaan setiap hari.