PUTRAJAYA: Kerajaan disarankan untuk memberikan peruntukan yang lebih besar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam mendepani krisis ekonomi dan makanan yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.
Menterinya Mohamad Sabu berkata ini juga sekali gus bagi melicinkan pengoperasian kementerian dan memastikan semua perancangan berada dalam keadaan teratur.
"Masalah besar ialah masalah peruntukan yang kita yakin Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri kena lihat soal peruntukan kerana kementerian juga merupakan barisan hadapan dalam mendepani krisis ekonomi dan krisis makanan yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
Sekarang pun bahan utama makanan masih mahal... kita akan cuba mainkan peranan untuk stabilkan harga-harga, peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan mesti ditambah untuk gerakan kementerian lebih licin dan teratur," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat dengan kepimpinan tertinggi kementerian di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata isu bekalan makanan harian dengan tawaran harga yang berpatutan menjadi antara agenda utamanya selepas diberikan tanggungjawab untuk menerajui kementerian itu.
Beliau berkata ini termasuklah isu berkaitan ketidaktentuan bekalan dan harga telur ayam di pasaran.
"Pertama sekali soal harga telur sebab itu makanan umum daripada golongan miskin hingga ke kelas atasan makan telur jadi ini perkara perlu ambil perhatian khas disamping harga ikan dan ayam.
Selain itu, soal kecukupan makanan dengan harga berpatututan amatlah penting kerana itulah perkara ini juga ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 dan selepas angkat sumpah iaitu soal sekuriti makanan perlu diambil berat.
Beliau berkata pihaknya akan meneruskan perancangan sedia ada dan sebarang perkara baharu yang mahu dilaksanakan akan dibincangkan bersama pegawai yang lebih berpengalaman dalam kementerian ini.
"Kementerian ini adalah satu lapangan baharu buat saya kerana sebelum ini saya di Kementerian Pertahanan yang selalunya bercakap soal keselamatan negara tetapi sekarang dengan kementerian berkaitan kehidupan seharian manusia iaitu makanan harian dan pertanian... ini cabaran pada saya," katanya.
Terdahulu Mohamad tiba di pejabatnya di Wisma Tani di sini dan mengimbas kad perakam waktu pukul 1.35 tengah hari tadi sebagai simbolik bermulanya tugas beliau secara rasmi selaku menteri bagi portfolio itu.
Dalam pembentangan Bajet 2023 Oktober lepas sebelum Parlimen dibubarkan, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
KPKM kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).

KPKM aktifkan bilik gerakan bencana bantu golongan terjejas banjir
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana KPKM dan menggerakkan operasi di semua peringkat.

KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.

Banjir: Mat Sabu jamin bekalan beras negara mencukupi
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan beras di pasaran tempatan adalah mencukupi meskipun banjir melanda Kedah serta Perlis .

Kerajaan rombak strategi tangani isu kekurangan beras putih tempatan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan perkenal empat strategi bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan.

PM Anwar yakin landskap pertanian negara berubah dalam tempoh satu atau dua tahun
Keyakinan itu berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.

Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang
Jangkaan itu dapat dicapai kerana pemilihan kawasan bagi projek tersebut dibuat berdasarkan maklumat dan data status kesuburan tanah.

DOSM seru kerjasama pengusaha sertai Banci Pertanian 2024
Ia penting bagi menghasilkan data pertanian yang komprehensif dan menjadi penanda aras baharu bagi mewujudkan pangkalan data pertanian.