KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara menyasarkan kenaikan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) kepada 0.7 menjelang 2025.
Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata kajian IPNas kali ketiga yang lebih komprehensif akan dimulakan pada tahun depan dan dilaksanakan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Kajian kali ini menjurus kepada empat IPNas iaitu Semenanjung, Sabah, Sarawak dan keseluruhan negara kerana ramai mengatakan bagaimana perpaduan di Sarawak dapat menjadi model untuk dibawa ke Semenanjung.
"Untuk merangkakan model tersebut, kami perlukan statistik. Kalau IPNas mengatakan baik tetang perpaduan di Sarawak, semua faktor yang ada kami (akan) cuba asimilasikan kepada Semenanjung," katanya dalam program Merealisasi Belanjawan 2024: Memperkasa Agenda Perpaduan Negara terbitan Bernama TV di sini malam tadi.
Beliau berkata antara asas pembangunan IPNas adalah penelitian dan pengenalpastian defisit sosial yang melibatkan etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik federalisme, ruang bandar-desa dan media.
Kajian pertama IPNas dijalankan pada 2018 yang mencatatkan 0.567 manakala indeks itu meningkat kepada 0.629 pada 2022.
Berdasarkan skala pengukuran IPNas, 0.0 hingga 0.24 adalah tahap lemah, 0.25 hingga 0.49 (rendah), 0.50 hingga 0.74 (sederhana) dan 0.75 hingga 1.00 (tinggi).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Aaron (kanan) ketika ditemu bual dalam program Merealisasi Belanjawan 2024: Memperkasa Agenda Perpaduan Negara di Kuala Lumpur malam tadi. - Foto Facebook Aaron Ago Dagang
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Perpaduan negara berada pada tahap terbaik
Azman berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara terbukti membuahkan hasil dan mendapat kefahaman yang baik.
Kementerian Perpaduan negara sasar kenaikan IPNas kepada 0.7 menjelang 2025
Kajian IPNas kali ketiga yang lebih komprehensif akan dimulakan pada tahun depan dan dilaksanakan KITA UKM.
Kementerian Perpaduan Negara bakal laksana IPNas kali ketiga tahun ini
Kementerian Perpaduan Negara akan melaksanakan Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) kali ketiga tahun ini.