Kementerian Kesihatan masih memantau perkembangan kes Fonterra dan akan menarik balik produk tenusu yang ada di pasaran jika didapati menimbulkan keraguan segi keselamatan kepada pengguna.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pemantauan akan terus dilakukan selagi perlu.
"Jika ada maklumat baharu menunjukkan stok-stok tenusu yang ada di sini berisiko, telah dicemari atau dikatakan dicemari, kementerian akan mengambil langkah sepatutnya," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya, Isnin.
Beliau diminta mengulas tindakan Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.
Syarikat itu dalam kenyataannya berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan yang dibekalkan kepada mereka mempunyai potensi isu kualiti.
Fonterra Malaysia pada masa sama telah mengesahkan semua jenama produknya yang dipasarkan di Malaysia tidak terjejas dengan isu pencemaran bakteria itu.
Dr Subramaniam sebelum itu melancarkan kempen Ikrar Malaysia mengenai pengiklanan yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak, yang melibatkan beberpa syarikat pengeluar produk makanan dan minuman.
Syarikat terbabit menandatangani ikrar untuk tidak mengiklankan produk mereka kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, melainkan produk itu memenuhi kriteria pemakanan berdasarkan bukti saintifik atau garis panduan pemakanan antarabangsa.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata pengguna yang terbabit dalam isu produk susu ditarik balik boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
"Pengguna mempunyai hak membuat aduan tentang sebarang masalah kepada TTPM," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, di Kuala Lumpur.
Katanya, TTPM akan meneliti dan menjalankan siasatan terhadap semua aduan dan akan membuat keputusan mengenai langkah yang boleh diambil oleh pihak berkenaan.
Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd Ahad menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga selepas pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai bahan susu berkenaan.
Bernama
Tue Aug 06 2013


Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Suspek tiada tanda-tanda sakit berkaitan agen saraf VX - Subramaniam
Dua suspek yang ditahan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam tidak mengalami kesan agen saraf VX yang diguna dalam melakukan pembunuhannya.

Punca kematian Jong Nam mungkin diketahui minggu depan - Dr Subramaniam
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap punca kematian Kim Jong-nam akan dapat dipastikan apabila keputusan analisis bedah siasat dikeluarkan pada minggu hadapan.

KKM ambil sampel tepung gandum dakwa ada peluntur
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa mengandungi bahan peluntur untuk dianalisa di makmal secepat mungkin.

48 hospital usia lebih 50 tahun jalani audit keselamatan - Subramaniam
Antara hospital berusia lebih 50 tahun dan masih beroperasi ialah Hospital Batu Gajah (136 tahun), Hospital Balik Pulau (136), Hospital Pulau Pinang (81) dan Hospital Perlis (97).

IMR uji strain virus Zika jangkiti dua beradik - menteri
Seorang wanita hamil berusia 35 tahun di Miri dan kakaknya berumur 39 tahun di Setapak, Kuala Lumpur merupakan kes kelima dan keenam disahkan dijangkiti virus itu di negara ini.

Risiko penyakit tidak berjangkit semakin meningkat di Malaysia - Subramaniam
Kebanyakkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan paras kolesterol dalam darah dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

Kementerian terus pantau produk tenusu - Dr Subramaniam
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pemantauan akan terus dilakukan selagi perlu.
'Cadangkan kos pentadibiran pembantu rumah'
Kementerian Sumber Manusia meminta semua pihak mengemukakan cadangan secara rasmi berhubung kos pentadbiran pembantu rumah Indonesia.

PAPA diminta kemuka kos ambil amah
PAPA diminta mengemukakan kos perbelanjaannya dalam pengambilan pembantu rumah Indonesia untuk kelulusan kerajaan