KUALA LUMPUR: Lebih 73.2 juta pokok telah ditanam di seluruh negara setakat ini melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilaksanakan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Norwati Muhammad berkata, kempen tersebut merupakan program penghijauan yang bertujuan mengekalkan dan menambah litupan hijau di negara ini.
"Kempen selama lima tahun bermula pada 2021 itu, juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingkan menjaga litupan hijau dan hutan serta mendorong mereka terlibat aktif dalam memperbanyakkan pokok," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kempen tersebut juga untuk menyokong komitmen kerajaan dalam melindungi dan mengekalkan 50 peratus kawasan hutan di seluruh negara sekali gus memelihara keseimbangan ekosistem hutan di Malaysia.
Norwati berkata bagi menjayakan kempen itu, FRIM turut menganjurkan pelbagai kursus, seminar dan bicara bersama pakar berkenaan topik yang berkaitan dengan sains perhutanan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan hutan dan penjagaan alam sekitar.
Katanya antara tajuk sesi perkongsian dikongsi FRIM bersama semua pihak berkepentingan termasuk "Tiada bakau, tiada makanan laut?"; "Apa yang perlu dilakukan jika tanaman sakit?": "Penanaman pokok: Dengan atau tanpa tanah"; dan "Amaran: Pemuliharaan tanaman".
Menurut Norwati FRIM juga menawarkan pokok percuma kepada peserta yang menyertai sesi pengkongsian tersebut dan siri perkongsian itu turut dianjurkan di peringkat antarabangsa bersempena sambutan berkaitan perhutanan.
Sementara itu, beliau berkata sekolah, agensi dan badan korporat yang berhasrat mendapatkan anak pokok bagi tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sekali gus merealisasikan program penghijauan negara, boleh memohon kepada Ketua Pengarah FRIM bagi tujuan itu.
"Setakat ini, 2,700 pokok telah disumbangkan kepada individu, sekolah, syarikat dan pihak universiti serta badan korporat," katanya.
Selain NRECC kempen ini turut didukung tiga jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting iaitu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, FRIM dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM).
"Tanggungjawab FRIM dalam kempen ini adalah menerajui Jawatankuasa Teknikal Penanaman 100 Juta Pokok yang terdiri daripada gabungan pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi," katanya.
Selain melaksanakan pelbagai kursus, seminar dan bicara perkongsian pakar, jawatankuasa teknikal itu juga bertanggungjawab mengendalikan verifikasi spesies pokok yang ditanam oleh individu yang telah berdaftar dengan aplikasi mudah alih Penghijauan Malaysia.
Beliau menjelaskan 200 penerbitan telah dikeluarkan dalam bentuk artikel, video dan infografik bagi meningkatkan dan menyebarkan kesedaran masyarakat tentang penghijauan yang dimuat naik di platform media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram dan X.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Dr Norwati berkata, kempen tersebut merupakan program penghijauan yang bertujuan mengekalkan dan menambah litupan hijau di negara ini. - Gambar Bernama

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Sarawak sasar tanam 35 juta pokok dalam tempoh lima tahun
Kerajaan negeri Sarawak beri jaminan akan terus komited untuk menanam 35 juta pokok di negeri itu dalam tempoh lima tahun.