Inisiatif kempen #QuranHour dijangka akan turut diperluaskan ke Maldives pada tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, usaha ke arah itu sedang digiatkan melalui pertemuan dengan wakil dari negara itu dengan harapan ia mampu menjadi kenyataan.
“Kita harap dengan pertemuan hari ini (Rabu) akan membuka jalan untuk kita bergerak antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Maldives.
"Walaupun belum ada perjanjian rasmi tetapi kita telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama kerajaan Maldives bagi mengendalikan World #QuranHour pada 13 Mei 2020.
“Selain itu, kita juga harap Maldives boleh melaksanakan sendiri Maldives #QuranHour serentak dengan Malaysia #QuranHour pada 25 Julai 2020.
"Secara kebetulan, tarikh itu adalah sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan Maldives,” katanya selepas pertemuan dengan wakil dari Maldives, Mohamed Hanim di sini pada Rabu.
Turut hadir dalam pertemuan itu, Presiden Kumpulan merangkap Pengerusi Eksekutif Wannaser Group of Companies, Datuk Seri Dr Wan Mohd Nasser Ismail serta Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Mengulas lanjut, Marhaini berkata, Maldives merupakan sebuah negara yang banyak mempraktikkan nilai-nilai daripada al-Quran dan ia sewajarnya dikongsi bersama ke seluruh dunia.
“Tak cukup dengan Malaysia saja mengeluarkan nilai-nilai yang ada dalam al-Quran tapi kita harap, ia juga digali di seluruh dunia termasuk Maldives.
“Semangat itu kemudiannya kita mahu kongsikan dengan negara-negara lain. Misi kita ialah ke arah mengqurankan bangsa dan mengikhlaskan ummah dalam tempoh 60 tahun akan datang,” katanya.
Sementara itu, Mohamed yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Maldives berkata, beliau akan cuba membawa idea #QuranHour untuk perhatian kerajaan negaranya.
“Saya fikir #QuranHour adalah satu inisiatif penting untuk menggalakkan lebih ramai orang membaca al-Quran. Saya akan cuba memberi penekanan kepada persetujuan MoU (perjanjian persefahaman) antara kedua-dua negara bagi melebarkan kerjasama kempen ini.
“Saya yakin kerajaan Maldives akan menerima baik kempen ini. Lebih-lebih lagi, di Maldives sendiri amat mementingkan pembelajaran al-Quran sejak usia kanak-kanak,” katanya.
Sinar Harian
Fri Aug 23 2019

Marhaini (dua dari kiri) dan Mohamed Hanim (dua dari kanan) bertukar-tukar dokumen yang ditandatangani sambil disaksikan Muhammad Nasir (tiga dari kiri). - Foto Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani isu sekolah padat - Fadhlina
Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.

RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data
Kerjasama awam-swasta dijangka akan dipertingkat dengan kelulusan RUU itu, apabila infrastruktur data akan bersambung dengan baik.
![[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia [KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735485071_helimindef.jpg)
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.

Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar
Skim tersebut juga membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.

Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas

Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.

HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.

Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.