Kemudahan kesihatan di Sabah boleh diuruskan dengan baik melalui kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata, dengan adanya kementerian yang bertanggungjawab bagi kesihatan di Sabah, kerajaan negeri berupaya untuk memantau projek pembangunan kemudahan kesihatan.
"Justeru, kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri perlu diselaraskan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Kesihatan Persekutuan Dr Dzulkefly Ahmad di Sri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri, di sini pada Isnin.
Dalam pertemuan dengan Dr Dzulkefly, Mohd Shafie dimaklumkan bahawa Sabah masih ketinggalan dari segi kesihatan yang baik berbanding negeri-negeri lain, termasuk dari segi pendidikan.
Turut hadir Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Stephen Wong Tien Fatt
Mengenai pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Pakatan Harapan melalui Malaysia Baharu akan mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak, Mohd Shafie berkata perkara itu mesti direalisasikan.
BACA: Sabah, Sarawak diangkat kembali jadi 'rakan sekutu' dalam Malaysia
BACA: Kepentingan Sabah, Sarawak sudah cukup terabai - Tun M
Beliau turut mengulangi pendirian kerajaan negeri untuk menuntut 20 peratus royalti minyak.
Katanya, pemberian 20 peratus itu akan membuat lebih empat juta rakyat di dua negeri itu gembira.
Terdahulu, Mohd Shafie turut menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan Persekutuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menyatakan Sabah dan Sarawak berhak menjadi rakan sekutu agar kerajaan pusat dapat memenuhi hasrat untuk memberi pembangunan yang adil di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 17 2018

Mohd Shafie dimaklumkan bahawa Sabah masih ketinggalan dari segi kesihatan yang baik berbanding negeri-negeri lain, termasuk dari segi pendidikan. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Saham FGV meningkat susulan pengurangan yuran lembaga pengarah
Pada 9.59 pagi, kaunter tersebut menokok tiga sen kepada RM1.06 sen dengan 566,250 saham bertukar tangan.

COVID-19: PM New Zealand, menteri potong 20 peratus gaji
Bagaimanapun, Jacinda menegaskan pemotongan gaji tidak akan melibatkan kakitangan barisan hadapan seperti doktor atau jururawat.

Kemudahan kesihatan di Sabah diurus baik melalui kerjasama kerajaan pusat dan negeri
Mohd Shafie berkata, dengan adanya kementerian yang bertanggungjawab bagi kesihatan di Sabah, kerajaan negeri berupaya untuk memantau projek pembangunan kemudahan kesihatan.

Pemberian royalti minyak 20 peratus bukti kerajaan tunai janji
Pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak di negara ini merupakan bukti ketelusan kerajaan PH dalam menunaikan manifesto ketika PRU14.

PTPTN antara dua insentif diumum PM dalam Bajet 2013
Dua insentif yang diumumkan Perdana Menteri dalam bajet 2013 melonjakkan bayaran balik PTPTN.