LUNDU: Kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) melibatkan bangunan di Malaysia masih berada pada tahap rendah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan kemudahan mesra OKU di negara ini.
"Selain itu, saya akan mewakili Malaysia bagi Konvensyen Mengenai Hak OKU anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat dan dari situ, kita dapat melihat bagaimana keberkesanan dasar OKU oleh negara luar," katanya dalam sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Gawai Dayak daerah Lundu di Dewan Masyarakat Lundu, semalam.
Menurutnya, persidangan yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun itu memberi peluang kepada Malaysia dan negara lain untuk bertukar pandangan mengenai dasar yang boleh dikuatkuasakan, mengikut kesesuaian situasi kelompok OKU di negara masing-masing.
Nancy berkata isu bangunan mesra OKU khususnya di Kuala Lumpur turut disentuh dalam perjumpaannya bersama Ahli Dewan Negara Senator Isaiah Jacob pada Jumaat.
Menerusi pertemuan itu, Isaiah yang mewakili golongan OKU memaklumkan pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa bagi memeriksa bangunan-bangunan di sekitar ibu negara dalam memastikan ia mesra OKU.
"Saya menyarankan agar golongan OKU menyuarakan pendapat secara berkumpulan supaya kita boleh bawa suara itu dengan rasmi di peringkat seterusnya," kata Nancy.
Terdahulu, menteri itu merasmikan Hari Gawai Dayak daerah Lundu yang dihadiri kira-kira 1,000 pengunjung, dengan pelbagai makanan tempatan ditonjolkan daripada etnik Bidayuh Jagoi, Iban, Salako dan Rara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Nancy ketika hadir pada sambutan Hari Gawai Dayak daerah Lundu di Dewan Masyarakat Lundu, 10 Jun 2023. - Facebook Hajah Nancy Haji Shukri
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.
Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringkat antarabangsa - Nancy
Nancy berkata pengiktirafan itu secara tidak langsung memperkenalkan Sarawak dan menjadi perhatian masyarakat peringkat antarabangsa.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
GISB: 140 kanak-kanak belum dituntut, Nancy nasihat ibu bapa jangan takut
Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak perlu bimbang untuk bertemu JKM.
Rawatan fertiliti LPPKN capai prestasi memberangsangkan - Nancy
Perkhidmatan rawatan kesuburan dan kehamilan yang ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.