KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kualiti pembinaan rumah mereka disaran mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, proses itu tidak mengambil masa yang panjang, malah pembeli juga tidak perlu melantik peguam.
"Mana-mana pihak yang tidak puas hati sentiasa boleh kemukakan tuntutan di tribunal yang sangat mudah... hanya satu salinan kertas dan tidak perlu lantik peguam. Tribunal akan bersidang setiap minggu.
"Kerajaan sentiasa memantau. Sebenarnya pada Januari kita telah lantik 39 orang presiden tribunal tuntutan perumahan dan pengurusan strata... kesemua kekosongan telah pun kita isikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas hadir Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan 'Panel Of Experts' (POE) di ibu negara pada Rabu.
BACA: [LAPORAN KHAS] Pemaju kayangan, rumah 'cap ayam?'
BACA: Isu Pangsapuri Harmoni 1: Kerajaan Selangor mahu pemaju bertanggungjawab
Mengulas lanjut, Kor Ming turut memaklumkan, tribunal itu juga telah menyelesaikan hampir 40,000 kes dengan tunggakan kes yang hampir sifar.
Baru-baru ini, timbul beberapa keluhan pembeli rumah yang tidak berpuas hati dengan sikap pemaju yang dianggap 'lepas tangan' terhadap isu kerosakan kediaman di sesebuah projek perumahan.
Ini termasuk tindakan segelintir pemaju yang dikatakan sengaja melengahkan proses memperbaiki kecacatan projek bagi melepasi tempoh jaminan kerosakan (DLP) selama 24 bulan.
Astro AWANI juga menerusi siri laporan khas 'Pemaju kayangan, rumah cap ayam' telah membawakan keluhan penduduk di projek perumahan Pangsapuri Harmoni 1, Putra Heights yang tidak berpuas hati dengan kualiti dan kerosakan pada projek berkenaan.
Ini termasuk kos penyelenggaraan bulanan yang didakwa agak tinggi selain penduduk mendakwa fasiliti tidak setimpal dengan kos yang dikenakan terhadap mereka.
Hilmi Malik
Wed Mar 22 2023

Nga Kor Ming berkata, proses itu tidak mengambil masa yang panjang, malah pembeli juga tidak perlu melantik peguam. - Gambar/ Astro AWANI

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.

RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.

Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.

Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.

Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.

PBT digesa percepat warta tanah lapang awam, elak salah guna - Nga
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mempercepat proses pewartaan tanah lapang awam di kawasan masing-masing bagi mengelakkan ia disalah guna oleh mana-mana pihak.