Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tempoh akhir bagi mengemukakan borang nyata cukai pendapatan individu (BE) menerusi e-Filing bagi tahun taksiran 2015 sehingga 15 Mei ini.
Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim berkata lanjutan tempoh itu bertujuan menggalakkan pembayar cukai menggunakan sistem itu bagi mengemukakan borang masing-masing.
Bagaimanapun, individu yang ingin mengemukakan borang BE secara manual perlu berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 April ini, katanya.
"LHDN menasihatkan semua pembayar cukai supaya mengemukakan borang nyata cukai pendapatan mereka. Jangan tunggu hingga saat akhir terutama bagi yang mempunyai cukai terlebih bayar.
"Jika mereka isi segera, kita boleh proses segera dan membayar balik mereka. Bagi yang hantar e-Filing, bayaran balik adalah lebih cepat berbanding yang hantar (borang) secara manual. Jadi, buatlah pilihan yang bijak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Setakat pagi ini, LHDN menerima 685,430 borang BE menerusi e-Filing dengan peningkatan sebanyak 13.07 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Masrun yang menganggarkan kira-kira dua juta individu akan mengemukakan borang BE tahun ini.
Dalam pada itu, beliau berkata pembayar cukai boleh mengemukakan borang BE melalui aplikasi mobile filing (m-Filing) dengan menggunakan telefon pintar atau tablet.
"Tahap keselamatan sistem itu adalah sama seperti e-Filing, kata laluan yang sama, sekuriti yang sama. Ia mendapat sambutan sangat menggalakkan sehingga kini dengan 12,979 borang diterima berbanding 768 dalam tempoh sama tahun lepas.
"Ini mungkin kerana promosi berterusan menerusi media sosial dan semakin ramai pembayar cukai sudah tahu tentang m-Filing kerana ia lebih mudah," katanya mengenai aplikasi itu, yang diperkenalkan sejak 2012.
e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap dan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara elektronik melalui internet.
Menurut Masrun sehingga kini, LHDN menerima sebanyak 1.02 juta borang daripada semua kategori pembayar cukai termasuk individu, majikan dan syarikat sejak mengemukakan borang nyata cukai pendapatan masing-masing pada 1 Mac.
Bernama
Wed Mar 30 2016

Menurut LHDN, lanjutan tempoh itu bertujuan menggalakkan pembayar cukai menggunakan sistem itu bagi mengemukakan borang masing-masing.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Kaunter LHDN seluruh negara dibuka hujung minggu ini
Kaunter-kaunter berkenaan akan beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu ini.

Kemuka borang BE e-Filing sebelum 15 Mei ini - LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tempoh akhir bagi mengemukakan borang nyata cukai pendapatan individu (BE) menerusi e-Filing bagi tahun taksiran 2015 sehingga 15 Mei ini.