ALOR SETAR: Dua lagi pemilik syarikat direman bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, Eliana Ismail selama enam hari bermula hari ini terhadap dua individu berusia 37 dan 51 tahun itu.
Dengan ini jumlah yang direman adalah 17 orang sementara lapan lagi dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kesemua mereka merupakan antara 25 individu ditahan bermula Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Semalam, Astro AWANI melaporkan empat lagi individu termasuk pemilik syarikat ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan.
Menurut sumber, empat individu berkenaan berusia antara 37 hingga 51 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah, selepas hadir memberi keterangan berhubung dakwaan mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi melayakkan syarikatnya memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jan 12 2022
Dua lagi pemilik syarikat direman bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019.
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia gagal catat kemajuan dalam Indeks Persepsi Rasuah
Dengan skor 50 mata, Malaysia berada di tangga ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2024, kekal di posisi sama seperti 2023. Apa faktor negara gagal mencatat kemajuan dan bagaimana kita memastikan situasi bertambah baik bergerak ke hadapan? Ikuti temu bual bersama Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan.
Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
Kemuka tuntutan palsu, dua lagi pemilik syarikat direman
Perintah reman enam hari itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.