SUNGAI SIPUT: Kemunculan 'pak belang' di laluan utama ke Pos Kuala Mu, Selasa lalu tidak menjejaskan operasi ekopelancongan Orang Asli suku Temiar terlibat.
Pengurus chalet Kampung Bersah, Hassan Busu berkata, pihaknya masih menerima tempahan dan kehadiran pengunjung meskipun video harimau belang itu tular di media sosial.
Menurutnya, lokasi penemuan haiwan itu terletak sekitar lebih 18 kilometer daripada kawasan chalet.
"Kita ada menerima panggilan daripada pelanggan bertanyakan perkara itu selepas video harimau itu tular.
"Setakat ini tiada pula yang membatalkan tempahan menginap di chalet kami.
"Hutan sekitar sini merupakan habitat hidupan liar, namun tidaklah menghampiri penempatan penduduk terutama di Pos Kuala Mu ini cuma lokasi harimau ditemui itu lebih hampir dengan penempatan di RPS Legap," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Khamis.
Kata Hassan, pihaknya memberi jaminan kampungnya selamat dikunjungi oleh pelancong.
"Perkara ini sudah mendapat perhatian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak yang mengawal selia insiden berkaitan haiwan liar.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan harimau belang itu sudah kembali ke dalam hutan berdasarkan jejak yang ditemui," katanya.
Terdahulu, tular rakaman berdurasi tujuh saat memaparkan kelibat binatang buas itu.
Sementara itu, penduduk, Moleh M Rapi, 34 berkata, biarpun ketakutan, dia sempat merakam video harimau belang yang bersantai di tepi jalan ketika menuju ke rumahnya.
Menurutnya, sekitar jam 6.30 petang itu, terdapat empat harimau berada di kawasan itu dengan salah seekor menghampiri pacuan empat roda dipandunya.
"Kehadiran haiwan itu awalnya disedari oleh anak saudara perempuan yang menunggang motosikal. Dia berpatah balik dan menghubungi ayahnya untuk meminta bantuan.
"Bimbang keselamatannya saya turun ambil dan bertembung dengan haiwan itu. Semasa naik semula, harimau itu masih lagi ada di tepi jalan dan ketika itulah saya ambil video dan semuanya bersaiz besar," katanya.
Tok Batin Kampung Bersah, Hadu Long berkata, dia sentiasa mengingatkan penduduk untuk bergerak secara berkumpulan ketika memasuki hutan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Saya berpesan kepada anak-anak buah supaya jangan bergerak ketika waktu gelap dan segala urusan perlu dilakukan pada waktu siang.
"Kalau berkunjung ke sini lebih baik menaiki kereta berbanding bermotosikal agar keselamatan lebih terjamin," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 03 2023
Tangkap layar video kemunculan empat harimau belang di laluan utama menuju ke Pos Kuala Mu, Sungai Siput, baru-baru ini. Gambar kanan: Hassan
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
Pos Kuala Mu destinasi ekopelancongan mampan
Peningkatan aktiviti serta pembangunan ekopelancongan di Pos Kuala Mu, di sini mampu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli Suku Temiar.
Kemunculan harimau: 'Setakat ini tiada yang batalkan tempahan di Kuala Mu'
Kemunculan 'pak belang' di laluan utama ke Pos Kuala Mu, Selasa lalu tidak menjejaskan operasi ekopelancongan Orang Asli suku Temiar terlibat.