CHENGDU: Persaraan juara dunia dua kali dari Jepun, Kento Momota bakal meninggalkan kesan mendalam terutama kepada bintang badminton dunia.
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini.
Bagi beberapa pemain perseorangan lelaki seperti Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, H.S. Prannoy dari India dan pemain nombor satu Jepun ketika ini Kodai Naraoka, ketiadaan Momota dari gelanggang akan dirasai.
Meskipun hanya memenangi lima daripada 16 pertemuan dengan Momota, Ginting yang merupakan pemain ranking ketujuh dunia bangga kerana dapat bertarung dengan antara nama besar dalam sukan badminton sekali gus menguji kemahiran dan mencabar diri.
"Pastinya selalu teruja setiap kali kita berdua bertemu di lapangan. Sangat menarik juga permainan dari kami berdua. Hal-hal itu pastinya dirindui bukan sahaja saya, malah penggemar badminton seluruh dunia," katanya ketika ditemui di sini.
Pemain ranking kesembilan dunia, Prannoy berkata amat malang melihat bekas pemain nombor satu dunia itu bersara awal pada usia 29 tahun.
Pemain berusia 31 tahun itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Momota yang akan menumpukan kepada pertandingan domestik di Jepun dalam usaha memberikan inspirasi kepada pemain muda untuk mengikut jejak langkahnya.
"Sememangnya sedih, beliau (Momota) telah memberikan inspirasi dan menjadi suri teladan kepada ramai pemain muda di seluruh dunia.
"Selamat maju jaya kepada Momota dan saya percaya dia akan membantu ramai anak muda di Jepun dalam beberapa tahun akan datang. Mudah-mudahan kami akan bertemu semula di gelanggang, tetapi mungkin dalam peranan berbeza," katanya.
Pemain nombor dua dunia, Naraoka yang sentiasa memandang tinggi rakan senegaranya itu menzahirkan rasa terima kasih atas usaha dan bantuan Momota dalam menjadikan Jepun sebagai antara kuasa besar badminton dunia.
Pada 18 April lepas, Momota mengumumkan persaraan selepas mengakui prestasinya tidak lagi sama sejak kemalangan kereta di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada awal 2020.
Walaupun menjalani latihan fizikal ekstensif selepas kemalangan itu, Momota mengakui sukar baginya untuk kembali ke tahap terbaik.
Pada kemuncak kerjayanya, Momota memenangi 11 gelaran termasuk kejuaraan dunia di Basel, Switzerland pada 2019.
Kecemerlangannya pada 2019 membolehkannya diiktiraf Guinness World Records sebagai perseorangan lelaki dengan kejuaraan terbanyak dalam satu musim.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024

Momota ketika ditemui media selepas sesi latihan sempena Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, Chengdu, 26 Apr lalu. -- fotoBERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

June Wei juara Piala Lin Dan
Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.

Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.

Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.

Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.

Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.

Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.

Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.

Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.

Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.