KUALA LUMPUR: Tindakan Israel mengebom Palestin dengan sewenang-wenangnya sejak konflik bermula Oktober lalu, sekali lagi menunjukkan ketidakmampuan dan kepura-puraan kuasa besar dan badan antarabangsa dalam menoktahkan kekejaman rejim zionis sama ada di Semenanjung Gaza mahupun di Tebing Barat.
Walaupun desakan daripada masyarakat awam dan pemimpin yang prihatin di seluruh dunia kian memuncak untuk memaksa rejim menghentikan segera pembunuhan ribuan orang awam yang tidak bersalah, namun situasi di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat semakin teruk dari hari ke hari.
Prof Mohd Mizan Mohammad Aslam dari Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata Israel mesti bertanggungjawab atas semua pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.
"Tetapi kegagalan badan-badan dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas ke atas rejim itu, tidak mengutuk tindakan itu sebagai pembunuhan beramai-ramai, hanya memarakkan lagi jenayah keji mereka," katanya.
Sikap tidak ambil kisah kuasa-kuasa besar dunia jelas dapat dilihat sejak dari awal. Pada Rabu, Majlis Keselamatan PBB gagal menerima pakai dua resolusi untuk menangani krisis kemanusiaan di Gaza.
Negara-negara yang prihatin terhadap nasib rakyat Palestin, termasuk Malaysia dan dunia Arab, meneruskan usaha itu di Sidang Khas Tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis, menyaksikan resolusi yang ditaja Jordan untuk gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan tanpa halangan diterima pakai pada Jumaat dengan 120 undi menyokong.
Ini bukan kali pertama Palestin menghadapi malapetaka kemanusiaan akibat kekejaman Israel, maka penyelesaian yang berkekalan amat diperlukan.
Mizan berkata dalam mencari penyelesaian, akar umbi kepada konflik itu perlu dikaji semula.
Apa yang paling penting di sini adalah untuk menghentikan pendudukan haram di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, merampas tanah milik penduduk Palestin, pencerobohan, penganiayaan dan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza yang dilakukan oleh Israel mesti dihentikan.
"Konflik terkini yang tercetus itu berpunca akibat penindasan dan kekejaman rejim Israel terhadap Palestin dan rakyatnya yang sudah berlarutan sejak sekian lama menjangkau lebih tujuh dekad. Jika isu itu tidak diselesaikan, percayalah ia akan berulang dari semasa ke semasa," katanya.
Mizan berkata semua pihak perlu menekan Israel supaya mematuhi perjanjian sempadan sebelum 1967 seperti yang digariskan oleh resolusi PBB dengan al-Quds (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Palestin.
Bagaimanapun, beliau ragu-ragu Israel yang menerima sokongan kuat daripada beberapa negara paling berkuasa akan berbuat demikian.
"Apabila Israel berterusan tidak mematuhi semua perjanjian itu, adakah anda fikir mereka berniat untuk berdamai dengan rakyat Palestin? Sudah tentu tidak.
"Keamanan bukanlah yang cuba dikejar Israel, mereka hanya bertindak sesuka hati mereka kerana tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap mereka," katanya.
Penganalisis itu berkata konflik yang berpanjangan itu akan menjejaskan kestabilan di rantau berkenaan ketika iklim geopolitik semasa yang tidak menentu.
"Dengan penglibatan AS, ditambah dengan campur tangan Rusia dan Hizbullah, semua itu akan menyebabkan keadaan menjadi lebih kucar-kacir. Ini akan memberikan kesan buruk untuk rantau itu dan dunia," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar PBB mewujudkan zon bebas tentera bagi menjamin keamanan dan ketenteraman di kawasan itu.
"PBB mesti memainkan peranan penting dalam mewujudkan zon bebas tentera terutamanya di Baitulmaqdis Timur. Kita memerlukan PBB untuk membina zon penampan, meminta misi pengaman untuk masuk dan menyelia isu itu," katanya.
Lebih 7,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat terbunuh, dengan 70 peratus daripadanya kanak-kanak, wanita dan warga emas manakala lebih 18,000 lagi cedera akibat serangan udara Israel sejak 7 Okt.
Wilayah yang dihuni kira-kira 2.3 juta penduduk itu, sering dirujuk sebagai penjara terbuka, kini terkepung sepenuhnya, dengan bekalan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api semakin kehabisan, manakala konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza setakat ini hanya mampu membawa sebahagian kecil barangan yang diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023

Lebih 7,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat terbunuh, dengan 70 peratus daripadanya kanak-kanak, wanita dan warga emas. - Gambar/ Reuters
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.