Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran akan mengambil tindakan atas peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan keperluan sekolah.
Pengarah Penguatkuasanya Mohd Roslan Mahayuddin berkata kementerian telah memeriksa pasar raya dan kedai dan mendapati kenaikan harga barangan keperluan sekolah terutama pakaian sejak akhir tahun ini.
"Kami telah menjalankan operasi dan tinjauan harga di seluruh negara bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga dan mencatut barangan kelengkapan sekolah.
Kami akan lihat dan siasat punca kenaikan itu sama ada berlaku kegiatan pencatutan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Jika didapati mereka mengambil kesempatan menaikkan harga barang kerana kanak-kanak kembali ke sekolah, pihak kementerian akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, katanya.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik banyak ibu bapa mendakwa harga kelengkapan sekolah untuk tahun ini meningkat sehingga 30 peratus.
Menurut laporan itu, jika sebelum ini ibu bapa memperuntukkan sekitar RM100 hingga RM150 bagi seorang anak namun pada tahun ini mereka perlu menyediakan lebih RM200 untuk membeli pakaian sera-gam, kasut, beg dan alat tulis.
Mohd Roslan berkata yang banyak naik harga ialah pakaian sekolah sementara beg dan peralatan sekolah dijual pada harga yang sama tahun lalu atau lebih sedikit.
"Kami siasat sama ada kenaikan ini adalah kerana jenama dan barang diimport," katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, berkata PPIM menerima lebih 60 aduan ibu bapa berhubung kenaikan 30 hingga 40 peratus harga barangan keperluan sekolah sejak bulan lepas.
Nadzim turut menggalakkan badan-badan koperasi termasuk di sekolah menjual lebih banyak barangan keperluan itu dan dengan harga berpatutan.
Beliau berkata koperasi sekolah boleh membeli secara pukal barangan berkenaan dan menjual pada harga yang berpatutan.
Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan menasihatkan ibu bapa mengamalkan budaya 'mengitar' semula barangan dan kelengkapan lama sekolah anak-anak.
"Dalam situasi masa kini, kita tidak perlu membazir dan ibu bapa janganlah ikut kehendak hati anak-anak yang berterusan mahu barang yang baharu, sebaliknya ajarlah mereka memahami keadaan dan belajar menggunakan barangan yang masih boleh dipakai," katanya.
Dalam pada itu, rata-rata golongan ibu bapa yang ditemu bual Bernama berkata kenaikan harga barangan keperluan sekolah membebankan terutama bagi mereka yang anak ramai.
Normala Ali, 40, berkata dia memperuntukkan hampir RM1,500 bagi tiga anaknya yang bersekolah rendah dan menengah.
Setiap anak, katanya, sejumlah RM500 diperuntukkan bagi seorang anak bagi dua pasang baju, kasut serta beg dan peralatan bagi sekolah rendah harian dan agama.
"Itupun belum dikira lagi untuk sekolah menengah yang lagi mahal perbelanjaan selain duit buku dan sebagainya lagi," kata pegawai kerajaan yang mempunyai enam anak itu.
Shuhaila Mohd Kamal, 35, pegawai kerajaan yang mempunyai empat anak, berkata beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM500 bagi membeli pakaian dan peralatan sekolah bagi dua anaknya.
"Memang syahdu pergi shopping baju-baju sekolah anak-anak baru-baru ini, sepersalinan termasuk beg, alat tulis dah cecah RM200 dan ini tidak termasuk buku-buku sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
![Kenaikan barang sekolah: Kementerian beri peniaga amaran Kenaikan barang sekolah: Kementerian beri peniaga amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51451032087_PakaianSekloah.jpg)
KPDNKK memberi amaran akan mengambil tindakan atas peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan keperluan sekolah. - Gambar fail
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Harga runcit minyak masak tulen kemasan botol kekal - KPDN Harga runcit minyak masak tulen kemasan botol kekal - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675332335_cookingoilminyak.jpg)
Harga runcit minyak masak tulen kemasan botol kekal - KPDN
Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mac hingga 7 April ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![KPDNHEP Sarawak laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan KPDNHEP Sarawak laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589767069_PASARBORONGSELANGOR.jpg)
KPDNHEP Sarawak laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak bakal kuatkuasakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula 20 Mei hingga 3 Jun 2020 iaitu selama 15 hari.
![Tindakan tegas jika peniaga naikkan harga topeng penutup mulut dan hidung - KPDNHEP Tindakan tegas jika peniaga naikkan harga topeng penutup mulut dan hidung - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61568177060_Jerebu.jpg)
Tindakan tegas jika peniaga naikkan harga topeng penutup mulut dan hidung - KPDNHEP
Penularan wabak novel koronavirus sudah tentu membuatkan masyarakat akan mengambilkan langkah berjaga-jaga.
![Peniaga kaut untung lebih: 'Kita dengar dulu penjelasan mereka' - Saifuddin Peniaga kaut untung lebih: 'Kita dengar dulu penjelasan mereka' - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61559038372_saifuddinnasution.jpg)
Peniaga kaut untung lebih: 'Kita dengar dulu penjelasan mereka' - Saifuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini dalam usaha mengesan peniaga yang mengaut keuntungan sama ada ia dilakukan secara berasas atau semberono.
![KPDNKK senarai 16 barangan harga kawalan bersempena Krismas KPDNKK senarai 16 barangan harga kawalan bersempena Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513156897_menterikpdnkk.jpg)
KPDNKK senarai 16 barangan harga kawalan bersempena Krismas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.
![10 barangan disenarai dalam skim kawalan harga Ramadan 10 barangan disenarai dalam skim kawalan harga Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/71495199782_HamzahZainuddin.jpg)
10 barangan disenarai dalam skim kawalan harga Ramadan
Barang-barang berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.
![Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71445602282_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan
Datuk Seri Hamzah Zainudin menasihatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.
![Hanya empat jualan murah setahun berkuat kuasa 1 Januari 2017 - KPDNKK Hanya empat jualan murah setahun berkuat kuasa 1 Januari 2017 - KPDNKK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81456292850_Shoppingmallklcc.jpg)
Hanya empat jualan murah setahun berkuat kuasa 1 Januari 2017 - KPDNKK
Mulai 1 Jan tahun depan, peniaga hanya boleh mengadakan jualan murah sebanyak empat kali dalam setahun, berbanding lima kali sebelum ini.
![Kenaikan barang sekolah: Kementerian beri peniaga amaran Kenaikan barang sekolah: Kementerian beri peniaga amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51451032087_PakaianSekloah.jpg)
Kenaikan barang sekolah: Kementerian beri peniaga amaran
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran akan mengambil tindakan atas peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan keperluan sekolah.
![KPDNKK senarai 18 barangan harga terkawal sempena Krismas KPDNKK senarai 18 barangan harga terkawal sempena Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-10/51476455806_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
KPDNKK senarai 18 barangan harga terkawal sempena Krismas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 18 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas yang akan disambut 25 Dis ini.