Kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dapat membantu meringankan kos sara hidup penjawat awam yang berpendapatan rendah.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, kos sara hidup yang kian meningkat itu bukan sahaja dirasai penjawat awam di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.
Katanya, keadaan itu tidak selari dengan gaji yang diterima kakitangan kerajaan sekali gus menyebabkan beban hidup semakin dirasai.
"Buat masa ini, jumlah elaun COLA yang ditetapkan ialah RM300, RM250, dan RM150 tertakluk kepada lokasi penempatan.
"Walaupun pemberian elaun COLA ini tidak sama, namun kenaikan RM50 ini adalah seragam buat penjawat awam untuk semua lokasi sama ada yang berkhidmat di bandar atau di luar bandar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Jumaat.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada Jumaat, mengumumkan kenaikan kadar elaun COLA sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan RM350 juta setahun.
Azih juga mengallu-alukan tindakan kerajaan yang memperkenalkan faedah Ex-Gratia Kematian untuk diberikan kepada waris yang bernilai sehingga RM150,000, selain pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG).
"Ini adalah permulaan yang baharu dan kita sangat mengalu-alukannya. Ini kerana ia dapat membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan," katanya.
Pada masa sama, Azih turut menyambut baik dengan pemberian Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan yang memberi manfaat kepada 14,400 anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).
"Tahniah kepada semua anggota bomba. Saya harap ini dapat memberi rasa gembira di atas perjuangan dan pengorbanan yang mereka berikan," katanya.
Bagi pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang, Ng Weng Tutt, 53, adalah lebih baik jika semua penjawat awam dapat menikmati kenaikan itu sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup yang sedang dirasai oleh semua lapisan rakyat.
"Bagaimanapun bagi pemberian COLA, lebih manis jika semua penjawat awam dapat menikmatinya kerana kita tahu akan keadaan kos kehidupan yang sangat ketara dan dirasai oleh sesiapa sahaja. Biarlah semua dapat menikmati dan bukan golongan pelaksana sahaja " katanya kepada Bernama.
Bagi pembantu pengurusan murid, Sarina Aziz, 33, pengumuman kenaikan elaun COLA itu memberikan nafas lega bagi ibu tiga cahaya mata itu dalam meneruskan kehidupan dan bersyukur daripada langsung tidak mendapat apa-apa imbuhan..
"Dengan kenaikan ini ia sedikit sebanyak meringankan beban bagi pekerja seperti saya yang hanya gred N19 dengan tiga anak yang masih kecil dan memerlukan perbelanjaan lebih," katanya.
Menyifatkan ia sebagai berita gembira, wartawan Radio Televisyn Malaysia (RTM) Negeri Sembilan, Hanna Adlint Nasatiun Ahmad, 35, berkata ia juga mempamerkan penghargaan kerajaan terhadap penjawat awam yang memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada rakyat dan negara.
Berkongsi pendapat yang sama, Risman Mohd Isa, 41, seorang Pembantu Awam di Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, berkata kenaikan elaun COLA dapat membantu meringankan sedikit sebanyak beban kewangan yang ditanggungnya.
"Saya bekerja di Putrajaya tetapi dalam masa yang sama perlu juga menanggung keluarga di Pahang. Dapat naik COLA ni baguslah, nak harap lebih kita pun tahu keadaan ekonomi sekarang tak berapa bagus," kata bapa kepada dua anak berusia lima dan 10 tahun itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 11 2019

AZIH: Kos sara hidup yang kian meningkat itu bukan sahaja dirasai penjawat awam di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.

CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
Penebusan awal gantian cuti rehat melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.

PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jangkaan penurunan tersebut disebabkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.

Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.

Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.

15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang melabur sebanyak RM21.6 bilion dari tahun 2019 hingga 2023 bertujuan merancakkan ekonomi digital negara.