KUCHING: Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pembekal bahan kek tersebut dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan peningkatan mendadak harga produk ikonik Bumi Kenyalang itu.
Pengerusi persatuan itu, Zubaidah Sahadar memberitahu Bernama bahawa mereka mahukan perbincangan yang menghasilkan situasi menang-menang bukan hanya antara pengusaha produk dan pembekal bahan, tetapi juga tidak menambahkan beban kepada pembeli mereka.
"Kenaikan harga bahan seperti tepung gandum, telur ayam dan mentega baru-baru ini memanglah memeningkan kepala pengusaha kek lapis Sarawak dan kami terpaksa memerah otak untuk mengimbangi peningkatan kos ini bagi mendapatkan kembali harga pulang modal," katanya.
Selain itu, pengusaha kek lapis Sarawak yang kebiasaannya boleh menempah sehingga 20 papan telur ayam sehari kini hanya boleh mendapatkan sehingga 10 papan sahaja dan ini turut menjejaskan kuantiti produk yang mereka boleh hasilkan.
"Jika kerjasama antara pembekal dan pengusaha dapat diwujudkan, ia akan memudahkan kami untuk mendapatkan bekalan memandangkan kami memerlukan bahan ini dalam kuantiti yang banyak dan kalau boleh, ditawarkan pada harga lebih rendah," katanya.
Zubaidah, 57, berkata ahli persatuan itu terpaksa menaikkan sedikit harga jualan produk mereka dari RM10 dalam sebekas kecil kek kepada sekitar RM12, bergantung kepada jenis kek lapis berkenaan untuk memperoleh kembali modal mereka.
Beliau yang memiliki perniagaan Zue Kek Lapis Sarawak sejak hampir tiga dekad berkata dengan peningkatan jumlah ahli persatuan itu kepada 46 kini, beliau percaya permintaan barangan mentah dalam kalangan pengusaha turut meningkat kelak.
Sementara itu, pengusaha Ezza Kek Lapis, Azida Mohamad Hepni, 45, berkata beliau berharap agar pembeli memahami situasi pengusaha yang perlu menaikkan harga kek lapis.
"Ada juga kalangan pengusaha yang terpaksa kecilkan saiz bagi memastikan kualitinya tetap sama, dengan harga yang sama seperti dulu. Namun, ada juga pelanggan yang sanggup bayar mahal kerana kek lapis juadah utama di musim perayaan.
"Perniagaan kek lapis baru sahaja mahu merangkak semula kerana kami turut terkesan akibat COVID-19. Semenanjung Malaysia merupakan market terbesar kek lapis tapi tidak boleh dihantar kerana sekatan yang dibuat sebelum ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022

Mereka mahukan perbincangan yang menghasilkan situasi menang-menang bukan hanya antara pengusaha produk dan pembekal bahan, tetapi juga tidak menambahkan beban kepada pembeli mereka. - Gambar fail

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun
Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.

Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan
KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga termasuk produk bergula.

MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.

Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
![[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama [KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712223046_RumahterbukaMakan.jpg)
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.

Hampir 10 peratus usahawan gulung tikar pada April 2020 akibat COVID-19 - Ewon
Kira-kira 8.85 peratus usahawan telah gulung tikar pada April 2020 selepas terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan harga barangan.

Harga telur, ayam dijangka naik selepas 30 Oktober - CAKE
Pelaksanaan apungan harga ayam dan telur dijangka akan menyaksikan kenaikan harga dua barangan ini selepas tarikh 30 Oktober ini.

Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d

Kerajaan kawal harga barang, tidak mungkin naik - Salahuddin
Beliau turut memberi jaminan langkah kerajaan mengawal penuh barangan tidak bersubsidi, tidak memungkinkan kenaikan harga barang.

Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma
Kenaikan harga barang tak dapat dielak atas pelbagai faktor antaranya penggajian pekerja, sewa premis, dan kadar tukaran mata wang.