SEPANG: Kadar kenaikan elaun penuntut luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih lagi diteliti dan diperhalusi, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata pihaknya akan bertemu golongan berkenaan bagi mendalami secara lebih dekat mengenai kos sara hidup di tempat masing-masing.
"Saya sendiri akan jumpa pelajar di United Kingdom (UK) untuk mengetahui mengenai kos sara hidup di UK. Isu kos sara hidup ini melibatkan merata tempat di seluruh dunia.
"(Hasil pertemuan) nanti, kita akan rumuskan dan beri cadangan (kenaikan elaun) kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) 2021 kepada 87 penerima di sini pada Khamis.
Pada 12 Mei lepas, Mahdzir berkata penelitian semula kadar elaun pelajar luar negara tajaan MARA akan dibuat berdasarkan kos yuran serta lokasi pengajian dan kadar pembayaran utiliti.
Proses itu sedang dilaksanakan KPLB menerusi suatu kajian berkaitan kenaikan kos sara hidup pelajar tajaan MARA di luar negara khususnya di UK dan Ireland.
Sehingga kini, terdapat 3,896 pelajar tajaan MARA sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang dan peringkat di beberapa negara antaranya 1,422 orang di UK, Jordan (297), Jerman (291), India (234), Australia (226), Rusia (85) dan Sepanyol (28).
Terdahulu, Mahdzir turut melancarkan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia KPLB 2022-2025 yang menggariskan enam teras strategik dalam pembentukan sumber manusia yang relevan selaras cabaran persekitaran semasa yang semakin kompleks.Ia meliputi memantapkan kapasiti organisasi; memperkasa pengurusan pekerja berkualiti; membangun kompetensi tenaga kerja; meningkatkan pengurusan prestasi; pengiktirafan dan ganjaran serta membentuk budaya berprestasi cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Mahdzir menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPLB 2021 kepada Nor Nazahiyah Mohd Zaki sambil disaksikan Timbalannya Datuk Hasbi Habibollah (tiga, kiri) pada pelancaran PSPSM PKLB 2022-2025 di Putrajaya semalam. --fotoBERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.

Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.

Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.

PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.

Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.

Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.

PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.

Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.