MEKAH: Kenaikan kos mengerjakan haji tahun ini diharap seiring dengan kualiti perkhidmatan dan kebajikan yang bakal dinikmati jemaah.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, keadaan kenaikan kos bukan sahaja menjadi topik utama di tanah air tetapi juga negara lain, malah TH meletakkan harapan tinggi agar perjalanan haji tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
"Perkara ini ada dibincangkan dengan negara-negara serantau bahawa kos haji yang meningkat begitu ketara berbanding tahun sebelum ini... ia disebabkan beberapa faktor luar kawalan seperti inflasi, percukaian dan sebagainya.
"Ada juga penambahbaikan perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi serta Muassasah Asia Tenggara. Ini adalah selaras dengan visi dan misi 2030 kerajaan Arab Saudi. Kita berharap kenaikan kos turut meningkatkan kualiti perkhidmatan khususnya semasa Masyair," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis menyambut ketibaan 291 jemaah dari Madinah di hotel Land Premium, di sini, iaitu hotel kedua yang dibuka untuk jemaah Malaysia.
Menurut Syed Saleh perkhidmatan Makkah Route atau pra pelepasan untuk jemaah haji Malaysia juga adalah salah satu perkhidmatan terbaik, apatah lagi Malaysia terpilih di antara lima negara lain yang dipilih Arab Saudi.
Selain itu, kemudahan lain yang diharapkan ditambah baik termasuklah keselesaan di khemah sama ada di Arafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian serta kelancaran pergerakan bas.
"Makkah Route mampu memberi kemudahaan dan keselesaan yang sangat baik kepada jemaah haji kita kerana apabila mereka sampai sahaja di lapangan terbang sama ada di Terminal Madinah atau Jeddah, mereka terus menaiki bas tanpa melalui imigresen, kastam dan tanpa perlu menunggu beg.
"Mereka juga akan terus menaiki bas ke hotel dan barangan mereka akan dihantar ke hotel masing-masing. Perkhidmatan tambah baik juga akan dirasai oleh jemaah ketika di Arafah dan Mina. Khemah adalah yang baharu serta mempunyai pendingin hawa," katanya.
Tegas beliau, walaupun kos meningkat, hanya sebahagian sahaja ditanggung oleh jemaah haji manakala selebihnya diuruskan oleh TH melalui pelbagai pendapatan, pelaburan dan perniagaan, malah ia melibatkan perbelanjaan tambahan yang besar.
Jemaah yang telah berada di Madinah dan Mekah juga terpaksa berdepan dengan kenaikan harga makanan di restoran serta barangan lain.
"Sebenarnya kenaikan kos yang ketara ini turut melibatkan semua barangan dan perkhidmatan di Arab Saudi...bukan sahaja mengerjakan haji tetapi juga kehidupan harian. Jemaah akan rasai kenaikan harga barangan untuk mereka beli sebagai cenderahati apabila mereka balik ke tanah air nanti," katanya.
Sementara itu 3,882 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Madinah menerusi 15 penerbangan.
Seterusnya mereka akan tiba di Mekah secara berperingkat untuk mengerjakan umrah pertama serta mengikuti pelbagai program menarik yang dianjurkan pihak TH.
Sepertimana jemaah dari penerbangan lain, malam tadi kesemua mereka yang melalui penerbangan KT04 disambut meriah dengan menerima jambangan bunga, manisan serta dihidangkan dengan air zam-zam oleh pihak pengurusan.
Salah seorang jemaah, Isnaini Raman, 48, berkata beliau sangat teruja dan bersyukur kerana terpilih ke Tanah Suci, meskipun adakala rindu dengan keluarga apatah lagi suami tidak dapat menemaninya.
"Saya menerima tawaran haji pada 2020 tetapi tertangguh kerana COVID-19, alhamdullillah kali ini dapat dilaksanakan. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Layanan dari pengurusan TH juga buat ramai jemaah terharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022
Jemaah yang telah berada di Madinah dan Mekah juga terpaksa berdepan dengan kenaikan harga makanan di restoran serta barangan lain. - Reuters
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.