KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan bertindak kejam kerana menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus, baru-baru ini.
Sebaliknya, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menegaskan keputusan tersebut dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak, yang sekali gus akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna.
“Mana lagi kejam kalau inflasi kita di luar kawalan? Kalau inflasi kita naik mendadak, kuasa beli semua orang akan terkesan tanpa mengira anda mempunyai pinjaman atau tidak.
“Jadi kita naikkan OPR kerana kita mahu memastikan ekonomi terus mampan, bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk bulan dan tahun-tahun akan datang.
“Kita tidak mahu perkara itu berlaku dan sebab itu kami di sini. Akta bank pusat adalah jelas, di mana mandat kami adalah untuk mempromosikan kemampanan harga dan (situasi) kondusif untuk perkembangan ekonomi,” katanya, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan bahawa BNM bertindak kejam dengan menaikkan OPR, dalam sidang media pengumuman prestasi ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2023.
Pada 3 Mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mengumumkan OPR meningkat 25 mata.
Bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan tersebut akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Ini menjadikan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti prapandemik COVID-19.
Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata, kenaikan OPR juga bukan untuk menguntungkan bank, sebaliknya setiap keputusan antaranya adalah untuk memastikan keyakinan pendeposit.
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa MPC adalah sebuah badan bebas, dan sebarang keputusan yang diambil tidak dipengaruhi oleh pihak luar.
Tegas Nor Shamsiah lagi, kenaikan OPR tidak menyebabkan peningkatan kebankrapan.
Selain itu, jelas beliau, OPR dinormalisasi dalam keadaan ekonomi yang berdaya tahan dengan situasi permintaan yang kukuh, dipacu oleh permintaan dalam negeri, serta keadaan pasaran buruh yang bertambah baik dan isi rumah kekal berdaya tahan.
Pelarasan OPR juga, tambah Nor Shamsiah, tidak menunjukkan tanda-tanda pengetatan yang berlebihan dalam ekonomi.
"Walaupun inflasi telah menjadi sederhana, ia kekal pada paras tinggi berikutan tekanan harga yang berterusan di tengah-tengah permintaan yang kukuh
"Kadar OPR rendah yang berpanjangan apabila pertumbuhan ekonomi kukuh boleh memberi kesan yang menjejaskan kepada ekonomi termasuk ketidakseimbangan kewangan.
"Akhirnya, matlamat dasar monetari di Malaysia adalah untuk mencapai kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam jangka panjang," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Fri May 12 2023

Nor Shamsiah menegaskan keputusan tersebut dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak, yang sekali gus akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna. -Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.