KUCHING: Penyenaraian Malaysia pada Tahap Dua Pemerhatian menerusi Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023 memberi impak positif kepada sektor perdagangan negara dan menangkis persepsi negatif berkaitan isu buruh paksa di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peningkatan berkenaan menunjukkan hasil kerjasama dan usaha semua pihak dalam memastikan Malaysia melaksanakan amalan baik bagi menangani isu pemerdagangan orang, penyeludupan migran, buruh paksa dan pelaksanaan penguatkuasaan.
"Di luar negara pun, aktiviti perladangan adalah sebahagian perniagaan keluarga, jadi apabila mereka turun (ke ladang) kadang-kadang anak-anak pun dibawa sekali jadi ia agak biasa...selagi kita tidak menyalahgunakan dan paksa anak-anak kecil (untuk bekerja). Jadi ini adalah perkara yang perlu kita jelaskan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi 2023 di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata Malaysia menjalinkan kerjasama dan sesi libat urus khususnya dengan Amerika Syarikat dalam memastikan dakwaan mengenai isu buruh diselesaikan secara bilateral.
Menurutnya pada 2021 dan 2022, Malaysia berada di kedudukan Tahap Tiga dengan penilaian laporan tersebut merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan ke atas pekerja di semua negara berhubung hal ehwal perburuhan.
Pada 16 Jun lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengumumkan laporan TIP itu berkata kerajaan akan meningkatkan usaha dalam mendakwa dan menyabitkan kes terhadap penjawat awam yang didapati bersubahat dalam aktiviti pemerdagangan orang atau buruh paksa.
Menteri itu memaklumkan perkara itu menjadi keutamaan kerajaan apabila ia merupakan antara 15 syor penambahbaikan yang dikemukakan dalam laporan JNAS.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Fadillah berkata Malaysia menjalinkan kerjasama dan sesi libat urus khususnya dengan Amerika Syarikat dalam memastikan dakwaan mengenai isu buruh diselesaikan secara bilateral. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Ketua kerajaan negeri ucap Selamat Hari raya Aidilfitri
MB Selangor ajak rakyat teruskan amalan baik yang dipupuk sepanjang Ramadan seperti menyantuni golongan fakir dan anak yatim.
Keselamatan, kesihatan di tempat kerja perlu penekanan serius - Fadillah
Aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu diberi penekanan lebih serius terutama dalam kalangan industri kecil dan sederhana.
Kenaikan taraf Malaysia ke tahap dua TIP beri impak positif perdagangan - TPM
Fadillah berkata Malaysia menjalinkan kerjasama dan sesi libat urus khususnya dengan Amerika Syarikat dalam memastikan dakwaan mengenai isu buruh diselesaikan secara bilateral.