MELAKA TENGAH: Seorang pemilik sebuah tadika swasta terpaksa berputih mata selepas kerugian lebih RM1 juta akibat terperdaya dengan janji manis seorang lelaki yang baharu 11 hari dikenali secara dalam talian.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mangsa seorang wanita berusia 53 tahun itu menyerahkan wang berkenaan kepada seorang lelaki yang dikenalinya di laman Instagram kononnya bagi tujuan pelaburan.
Beliau berkata kejadian bermula apabila wanita berkenaan di‘tag’ di laman sosial itu oleh suspek, seorang lelaki Taiwan yang menggunakan nama Tan Sau Fung pada 27 April lalu.
“Mereka ini saling berhubung melalui talian Lime dan berkomunikasi secara lisan dan SMS menyebabkan hubungan semakin rapat sebelum suspek telah menawarkan pengadu supaya melabur dengan membeli barangan di sebuah dalam laman web yang berpangkalam di Amerika Syarikat.
“Suspek ini mendakwa kononnya menetap di Jepun dan sedang mencari pelabur dalam perniagaan membeli barangan di laman web berkenaan yang mana pengadu perlu membeli dahulu barangan yang dipilih pelanggan sebelum menjual semula dengan keuntungan 10 peratus bagi setiap barang,” katanya dalam kenyataan di sini.
Ujarnya, wanita berkenaan kemudian telah membuat sebanyak 28 transaksi secara berperingkat ke dalam enam akaun bank berbeza menjadikan keseluruhan berjumlah RM1.064 juta dari tempoh 7 Mei hingga 30 Mei lalu.
“Mangsa hanya menyedari diperdaya apabila diarahkan membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan komisyennya berjumlah USD200,000 (RM923,685.55) dari laman web terbabit.
“Wanita itu kemudian hadir membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh, Rabu lalu apabila mendapati laman web berkenaan gagal diakses pada keesokan harinya," tambahnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jun 09 2023

Kejadian bermula apabila wanita berkenaan ditag di laman sosial itu oleh suspek, seorang lelaki Taiwan yang menggunakan nama Tan Sau Fung pada 27 April lalu. - Gambar hiasan
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.

RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.

Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000
Seorang peniaga katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki lebih RM600,000 berhubung pelaburan pembekalan ikan air tawar.

Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.