Filem genre animasi mampu dijadikan sebagai platform untuk mendidik generasi muda hari ini, khususnya kanak-kanak pra sekolah, mengenali tokoh pahlawan Melayu seperti Hang Tuah dan tidak terlalu mengagung-agungkan adiwira barat sebagai idola mereka, Kata Timbalan Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin.
"Jika dilihat hari ini terdapat lambakan pelbagai filem animasi seperti Batman, Superman dan sebagainya di kaca televisyen sehingga kanak-kanak lebih mengenali adiwira barat berbanding dengan tokoh tempatan.
"Jalan terbaiknya ialah kita perlu juga menghasilkan filem animasi yang berkisar tentang tokoh pahlawan Melayu seperti Hang Tuah agar generasi baharu kenal siapa 'super hero' sebenar mereka dan tidak terlalu taksub dengan watak rekaan itu ," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Bernama sebelum ini, generasi muda hari ini lebih mengenali watak adiwira barat berbanding pahlawan Melayu yang semakin dilupakan dan hanya dianggap sebagai mitos.
"Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri, siapa lagi yang ingin angkat semula tokoh pahlawan Melayu yang semakin suram dalam masyarakat hari ini.
"Saya harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang," katanya.
Beliau berkata banyak kisah Hang Tuah yang menarik untuk dijadikan sebagai filem animasi, antaranya kisah Hang Tuah berlawan dengan lanun; Hang Tuah dan Tun Teja; pelayaran Hang Tuah ke Majapahit, Turki dan sebagainya; yang bukan sekadar hiburan kosong tetapi dapat mendidik masyarakat.
Beliau berkata secara tidak langsung nilai murni seperti kepahlawanan, kesetiaan kepada Sultan (pemerintah), setia kawan, keberanian dan sebagainya yang terdapat pada watak Hang Tuah dapat mendidik anak muda menjadi insan yang berguna kepada masyarakat serta negara.
Pengkaji sejarah Melayu itu berkata selain itu, cerita mengenai pahlawan Melayu perlu dimasukkan dalam buku teks sekolah rendah mahupun sekolah menengah agar anak muda tidak lupa sejarah nenek moyang mereka.
"Kisah Hang Tuah mahupun pahlawan Melayu lain hendaklah disebut dalam sukatan pelajaran sejarah walaupun satu muka surat apabila menyebut mengenai pahlawan Melayu agar generasi hari ini mengenali asal usul dan jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Turut berkongsi pendapat, Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Datuk Khamis Abas yang berpendapat usaha mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar mengenali sejarah perlu bermula dari peringkat awal.
"Saya menyokong cadangan agar filem animasi Hang Tuah diterbitkan agar generasi muda hari ini dapat mengenali tokoh pahlawan Melayu itu," katanya.
Beliau berkata usaha tersebut perlu dilakukan secara bersama dan perselisihan pendapat mengenai teori kewujudan Hang Tuah perlu dikurangkan agar semua pihak dapat melihat perkara ini dari kaca mata yang lebih luas yang boleh mendatangkan manfaat kepada negara.
"Jika kita lihat bahawa pengkaji sejarah China dan pelancong sanggup datang ke Melaka semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah Laksamana Cheng Ho kerana rakyatnya sehati sejiwa menerimanya sebagai ikon.
"Kita perlu melakukan perkara yang sama terhadap tokoh pahlawan Melayu seperti menjadikan Laksamana Hang Tuah yang bukan hanya terkenal dengan kepahlawanan sebaliknya seorang yang taat kepada Sultan menjadi ikon kepada rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 17 2019
![Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573968276_HangTuahCentre.jpg)
Cerita mengenai pahlawan Melayu perlu dimasukkan dalam buku teks sekolah rendah mahupun sekolah menengah agar anak muda tidak lupa sejarah nenek moyang mereka. - Facebook HangTuahCentre/Gambar hiasan
![Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000! Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739587679_TBastromeriah.jpg)
Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!
Kempen ini berlangsung sehingga 26 April 2025, memberi peluang kepada pelanggan baharu dan pelanggan Astro sedia ada.
![Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739591926_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.
![Dua beradik hilang di Seri Kembangan Dua beradik hilang di Seri Kembangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739591743_hebahanoranghilang.jpg)
Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.
![Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739590038_TBbuli.jpg)
Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.
![DBKL sita barang perniagaan di laluan awam DBKL sita barang perniagaan di laluan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739588795_dbkl.jpg)
DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
![Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739588970_JuanPabloII.jpg)
Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.
![Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739587127_TBhangus.jpg)
Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.
![Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735218354_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.
![Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739586941_sitisaleha.jpg)
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
![TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739584208_badrulafzanrazali.jpg)
TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
![Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701227097_TBNastjpg.jpg)
Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man
Nas seakan sukar untuk percaya yang dia terpilih menjayakan karakter animasi ikonik itu.
![Filem 'The Flash' kumpul AS$55 juta dalam tiga hari pertama tayangan Filem 'The Flash' kumpul AS$55 juta dalam tiga hari pertama tayangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687130510_tbTheFlash.jpg)
Filem 'The Flash' kumpul AS$55 juta dalam tiga hari pertama tayangan
Ia masih dianggap rendah mengikut standard filem adiwira di mana tayangan pertama kebiasaannya mencecah AS$100 juta.
![Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661054831_MohamadAfiqFaizMo.jpg)
Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara
Pengumpul figura lazimnya memilih adiwira atau pelbagai siri animasi dari luar negara sebagai koleksi, namun berbeza dengan Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin yang menjadikan figura pakaian seragam tempat
![Naskhah khas komik sulung Marvel cecah harga RM10 juta dalam sesi lelong Naskhah khas komik sulung Marvel cecah harga RM10 juta dalam sesi lelong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647668331_RareComicBookAuct.jpg)
Naskhah khas komik sulung Marvel cecah harga RM10 juta dalam sesi lelong
Pembida yang berjaya itu disifatkan sebagai pelabur dan pengumpul buku komik dengan minat ekstrem.
![Lindungi hak pemilikan: Marvel saman artis asal dan waris pencipta Spider-Man, adiwira lain Lindungi hak pemilikan: Marvel saman artis asal dan waris pencipta Spider-Man, adiwira lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632589398_SpidermanIronMan.jpg)
Lindungi hak pemilikan: Marvel saman artis asal dan waris pencipta Spider-Man, adiwira lain
Saman sivil yang difailkan oleh Marvel bertujuan menyekat sebarang tuntutan hak dibuat oleh pengkarya asal.
!['Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR 'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629391542_TBKIBARBENDERA.jpg)
'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR
Pengguna jalan raya yang melalui SJR di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum Ultraman.
![Penyumbang zakat 'adiwira' tidak didendang - Raja Muda Perlis Penyumbang zakat 'adiwira' tidak didendang - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619233531_Penyumbangzakatad.jpg)
Penyumbang zakat 'adiwira' tidak didendang - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap penyumbang zakat disifatkan sebagai 'adiwira' tidak didendang.
![Marvel Studios lancar trailer terbaharu filem 'Black Widow' Marvel Studios lancar trailer terbaharu filem 'Black Widow'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617500954_Marvel.jpg)
Marvel Studios lancar trailer terbaharu filem 'Black Widow'
Keterujaan peminat dalam menantikan filem terbaharu Marvel Studios, iaitu Black Widow, kembali memuncak dengan pelancaran trailer terbaharu filem itu, pada Sabtu.
![Ms Marvel, watak adi wira Muslim pertama bakal ke kaca TV, layar perak Ms Marvel, watak adi wira Muslim pertama bakal ke kaca TV, layar perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71601511034_imanvellani.jpg)
Ms Marvel, watak adi wira Muslim pertama bakal ke kaca TV, layar perak
Pelakon bharu, Iman Vellani pada Rabu mengesahkan dia akan membuat penampilan sulung sebagai Ms Marvel, watak Muslim pertama dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).
![Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573968276_HangTuahCentre.jpg)
Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi
Mohd Jamil berharap harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang.