KUALA LUMPUR: Siapa sangka seekor singa jantan yang diberi nama Marjan menjadi simbol kesengsaraan akibat daripada peperangan berterusan di Afghanistan.
Marjan dilahirkan pada tahun 1976 di Zoo Cologne, Jerman Barat sebelum diberikan sebagai hadiah kepada Zoo Kabul pada 1978.
Haiwan itu tiba di Afghanistan dan tidak lama kemudian disertai seekor singa betina dengan nama Chucha.
Kedua-dua mamalia itu menyaksikan sejarah pergolakan Afghanistan bermula dari rampasan kuasa Komunis, penjajahan Soviet, perang saudara, hinggalah kedatangan rejim Taliban.
Semasa perang saudara tahun 1990-an, keadaan kacau-bilau menyelubungi Zoo Kabul ditengah-tengah pertempuran.
Zoo Kabul sering menjadi sasaran dan terjadi kemusnahan bekalan perubatan yang menyebabkan kakitangan zoo berkenaan tidak dapat membantu Marjan.
Marjan dilihat sebagai simbol kelangsungan hidup dan keinginan untuk pendamaian oleh rakyat Afghanistan.
Pada 27 Mac 1995, seorang askar menyelinap masuk ke tempat tinggal singa itu di zoo berkenaan kononnya untuk menunjukkan keberaniannya.
Lelaki itu membelai Chucha yang tidak bertindak balas namun Marjan menyerang lelaki berkenaan dan membunuhnya.
Keesokan harinya, rakan lelaki berkenaan melemparkan bom tangan di tempat tinggal Marjan untuk membalas dendam dan ia melukai Marjan dengan parah.
Matanya yang cedera terpaksa dikeluarkan oleh seorang doktor dan kejadian itu menyebabkan Marjan menjadi buta, selain pekak dan mengalami kecacatan kekal.
Walaupun menjalani beberapa pembedahan, penglihatan dan mulut Marjan tidak dapat diselamatkan.
Haiwan malang itu juga kehilangan kesemua giginya sehingga terpaksa memakan daging tanpa tulang.
Sebuah tanjakan juga dibina untuk membolehkan Marjan berjalan kembali ke tempat tinggalnya susulan haiwan itu dilihat beberapa kali terjatuh ketika cuba masuk ke tempat tinggalnya.
Semua rentetan kesengsaraan itu mencetus kemarahan aktivis haiwan tempatan dan luar negara.
Lelaki yang melemparkan bom berkenaan diserang pada minggu selepas kejadian sehingga menyebabkannya meninggal dunia akibat kecederaan.
Dengan kedatangan pakatan pimpinan Amerika Syarikat pada tahun 2001 dan pendedahan keadaan buruk di Zoo Kabul yang pernah dijaga dengan baik, media barat dengan pantas mengambil perhatian tentang kisah singa malang itu.
Apabila berita mengenai Marjan tersebar, haiwan itu menjadi selebriti terkenal dengan banyak organisasi kesehteraan haiwan seperti Perlindungan Haiwan Dunia, Persatuan Zoo dan Akuarium malah organisasi antarabangsa tampil memberikan bantuan dalam bentuk wang, bekalan perubatan dan juga kakitangan merangkumi doktor haiwan dan jururawat.
Walaupun terdapat sambutan yang luar biasa, Marjan akhirnya mati pada Januari 2002 dan dikuburkan di Zoo Kabul.
Marjan yang berusia 23 tahun mati menjadi singa yang terkenal di seluruh dunia.
Pada Mac 2002, China menyumbangkan sepasang singa di Zoo Kabul bagi menggantikan Marjan.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sat Apr 03 2021

Seekor singa jantan yang diberi nama Marjan menjadi simbol kesengsaraan akibat daripada peperangan berterusan di Afghanistan. - Facebook / Sara Hafez
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kenali Marjan, singa yang menderita akibat perang di Afghanistan
Marjan dilihat sebagai simbol kelangsungan hidup dan keinginan untuk pendamaian oleh rakyat.