TUMPAT: Tindakan seorang penyeludup mengubah suai tangki minyak kereta jenis Perodua Kenari untuk membolehkan mengisi petrol dalam kapasiti besar berjaya dikesan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Ahad.
Dalam kejadian jam 3.40 petang di Telaga Bata, Jalan Chabang Empat Bunohan itu, pihak KPDN telah menyita sejumlah 125 liter minyak petrol.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, turut ditahan ialah seorang lelaki berumur 20-an.
"Siasatan awal mendapati suspek mengaku membuat pembelian pengisian ke dalam tangki ubah suai kenderaannya secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Pekan.
"Barang kawalan tersebut akan dibawa ke pangkalan haram sebelum diseludup ke negara jiran," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut beliau, kes itu disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Ujarnya, kejayaan tersebut adalah hasil daripada Ops Tiris yang dilakukan di sempadan negara sekitar Kota Bharu-Tumpat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 08 2024

Tindakan seorang penyeludup mengubah suai tangki minyak Perodua Kenari untuk mengisi petrol berjaya dikesan penguat kuasa KPDN Kelantan pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

'Kenari' masuk jerat KPDN
Siasatan awal mendapati suspek mengaku membuat pembelian pengisian ke dalam tangki ubah suai kenderaannya secara berulang.