Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada terdedah kepada air banjir dalam tempoh yang lama atau kerap bagi menghindari jangkitan kencing tikus sewaktu musim banjir.
Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Hafizan Juahir berkata air banjir adalah air yang tercemar dengan pelbagai bakteria seperti E-coli dan kolifom.
"Bagi mereka yang mempunyai luka atau terminum air kotor, sekiranya air banjir yang kotor ini memasuki badan melalui rongga-rongga di tubuh, ia juga boleh mengakibatkan risiko jangkitan kencing tikus.
"Pastikan sisa makanan dan sampah sarap dibersihkan dan diletakkan di dalam bekas tertutup seperti tong sampah atau plastik.
"Sampah sarap terutama sisa makanan adalah bahan yang boleh menjadi tarikan kepada binatang yang pembawa penyakit untuk datang ke persekitaran rumah, terutama di kawasan terjejas banjir," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dr Hafizan berkata berdasarkan kajian ke atas pelbagai kes yang disyaki penyakit kencing tikus menunjukkan bahawa ciri-ciri klinikal, faktor alam sekitar dan sosioekonomi sangat berkait rapat dengan penyakit tersebut.
"Leptospirosis atau kencing tikus telah diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam global kerana perkadaran wabak dan kejadian yang semakin meningkat dalam negara-negara yang sedang membangun dan negara membangun.
"Wabak ini biasanya berlaku selepas banjir disebabkan oleh hujan lebat bermusim seperti yang sedang melanda negara kita sekarang ini.
"Kajian Epidemiologi menunjukkan jangkitan biasanya dikaitkan dengan bidang pekerjaan seperti petani, pekerja kumbahan, veterinar dan pengendali haiwan tertentu. Leptospirosis boleh juga dijangkiti semasa aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, berkanu dan lain-lain," katanya.
Menurutnya, pada tahun 2005, seramai 100 orang telah meninggal dunia dalam tempoh dua hari selepas berlakunya banjir besar di Mumbai, India, akibat wabak kencing tikus.
"Simptom awal leptospirosis ini biasanya adalah demam, mialgia (sengal-sengal badan), sakit kepala, selesema, muntah-muntah, dispnea (sesak nafas) dan jaundis (demam kuning).
"Berdasarkan kebanyakan kes positif jangkitan adalah berdasarkan sejarah pekerjaan, sejarah berkaitan hubungan dengan air, dan sejarah hubungan dengan haiwan.
"Anjing dan tikus merupakan pembawa jangkitan yang utama kepada manusia terutama di musim hujan dan tempat yang mengalami bencana banjir," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas, supaya segera mendapatkan rawatan perubatan kerana kelewatan berbuat demikian boleh mengakibatkan risiko kematian. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 01 2016

Wabak kencing tikus biasanya berlaku selepas banjir disebabkan oleh hujan lebat bermusim, kata Profesor Madya Dr Hafizan Juahir. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kereta terbabas ke dalam air banjir, warga emas maut
Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandu terbabas lalu memasuki kawasan banjir di bahu jalan berdekatan Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing, petang ini.

Terperangkap di atas jalan yang dinaiki air? Ini yang perlu anda lakukan..
Bayangkan jika anda sedang memandu kenderaan dalam keadaan hujan lebat dan kemudian terlihat jalan di hadapan anda mula dinaiki air..apakah yang anda akan lakukan?

Kencing tikus: Elak terdedah air banjir dalam tempoh yang lama
Air banjir adalah air yang tercemar dengan pelbagai bakteria seperti E-coli dan kolifom.

Ribut dahsyat di Australia ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa
Ribut kuat yang membadai kawasan pesisiran pantai timur Australia pada hujung minggu lalu mengakibatkan banjir dan hakisan di New South Wales.

Ibu muda dan bayi dua hari berpantang di pusat pemindahan
Seorang ibu yang sarat mengandung, terpaksa bertarung kesakitan untuk meredah air banjir dan melahirkan anak keduanya.