KUALA LUMPUR: Insiden pokok tumbang di hadapan Menara Prestige, berdekatan Jalan Pinang, di ibu negara susulan hujan lebat petang tadi hampir menghempap kenderaan dinaiki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
Mengesahkan insiden tersebut, Ab. Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata insiden berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika beliau dan rombongan melalui kawasan berkenaan.
"Saya berada betul-betul di tempat kejadian yang menimpa sebuah kereta, tatkala itu kenderaan saya tidak bergerak memandangkan cuaca ketika itu tidak mengizinkan kenderaan saya bergerak.
"Manakala polis yang mengiringi saya baru saja melintas kawasan tersebut tetapi malangnya pokok tersebut menghempap bahagian kereta pengiring saya," katanya ketika dihubungi.
Ab. Rauf berkata beliau dalam keadaan selamat tetapi meminta pihak berkuasa berkaitan mengambil Tindakan sewajarnya untuk mengelakkan insiden sama berulang.
"Kita minta pihak berkuasa memantau pokok-pokok yang berada di sekitar bandaraya ini," tambahnya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan lima lokasi mengalami insiden pokok tumbang di sekitar ibu negara berikutan ribut dan hujan lebat.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pokok tumbang mengakibatkan halangan lalu lintas dan kemusnahan harta benda termasuk kediaman.
Jelas JPBM, lapan buah kenderaan, termasuk lima buah kereta dan tiga motorsikal dihempap pokok tumbang di hadapan Menara Prestige.
Empat lagi kawasan terlibat pokok tumbang ialah Jalan Rahmah dan Jalan Selesa, Taman Gembira di Jalan Kuchai Lama; Fakulti Perubatan dan bangunan Peperiksaan Universiti Malaya.
Hasimi Muhamad
Mon May 13 2024

Ab Rauf (kanan) melihat bahagian belakang kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringinya yang rosak terkena pokok tumbang. - Gambar Pejabat Ketua Menteri Melaka
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.

Mujur Nora Danish selamat...
Mujur pelakon popular, Nora Danish tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini selepas berjam-jam terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Selasa

Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala
Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala pagi ini, berikutan kejadian pokok tumbang antara Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, pagi tadi.

'Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar
Proses pembangunan di KL yang pesat serta perubahan iklim menghasilkan fenomena hujan ribut luar biasa.