Setiap Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mempunyai kekuatan dan kelainan masing-masing dalam mengumpul dana membantu golongan memerlukan.
Namun bagi Kengkawan Project, mereka mempunyai cara tersendiri dalam mengumpul dana.
"Bagi kami (Kengkawan Project), kami tidak khusus pada satu. Mungkin sesetengah NGO itu, khususnya pada rakyat Palestin dan Syria contohnya, tapi bagi kami, kami beri menyeluruh - kepada rakyat kita, masyarakat kita - pekerja Alam Flora, mereka yang cuci bangunan, yang cuci jalan, pekerja tol dan sebagainya", jelas Norhana Osman Haron, Pengasas Kengkawan Project.
Lebih daripada itu, projek mereka bukan hanya tertumpu dalam negara, malah melibatkan rakyat di luar negara.
Misalnya, Kengkawan Project pernah mengumpul dana untuk Misi Pembedahan Katrak dan Pemulihan Mata untuk rakyat Bangladesh, bantuan di madrasah dan pusat asuhan anak-anak di Bukit Tinggi, Sumatera Barat Indonesia, sarapan buat pelajar Malaysia di Istanbul, Turki dan lebih manis sumbangan makanan kepada para pekerja Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Tonjol kelainan
Kata Norhana, kelainan yang ditonjolkan Kengkawan Project ini membuatkan aktiviti yang dijalankan lebih menarik dan meriah di samping ikatan persahabatan yang utuh antara satu sama lain.
"Kalau ikutkan aktiviti, kami tidak tertumpu kepada anak yatim atau gelandangan semata-mata. Dalam Kengkawan ini, setiap ahli mempunyai minat yang berbeza, matlamat kami sama cuma cara berbeza.
"Ada yang suka cari dana dengan muzik, ada yang buat konsert ,ada juga yang buat festival dan pelbagai lagi, Jadinya, Kengakwan ini punyai kekuatan masing-masing tetapi matlamat kami sama- kumpul dana kepada yang memerlukan", jelasnya lagi.
Kengkawan Project yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu ini, adalah cetusan idea Norhana dan suaminya, Faizal Mahmood ketika mengejarkan ibadah umrah bersama enam rakan lain.
"Kami bergabung semasa kami buat umrah. Masa di umrah, pengalaman kita suka memberi, apabila kita mengerjakan umrah di tempat yang baik, di tanah suci, kita sangat senang memberi tapi istiqamahnya apabila kita pulang dari tanah suci itu.
"Jadi dari situ kami kawan-kawan sepakat untuk meneruskan aktiviti yang dilakukan semasa umrah tempoh hari, maksudnya bukan sahaja di tanah suci tapi kita lanjutkan. Itulah tercetusnya Kengkawan Project hingga ke hari ini," ujar Faizal.
Sedekah jariah
Disebalik kisah itu, Norhana dan Faizal yang sudah berkahwin selama 13 tahun mempunyai cerita tersendiri yang mendorong mereka untuk terus kuat dan gigih meneruskan usaha murni mereka.
"Ada satu hadis saya dengan Faizal pegang, iaitu apabila meninggalnya seorang anak Adam itu, maka terputusnya segala amalnya, kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah yang berpanjangan, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh.
"Memandangkan kami tidak dikurniakan zuriat lagi, selalu juga terfikir dengan Faizal macam mana untuk mendapatkan doa anak yang soleh ini?" kata Norhana.
Menurutnya, Allah sedang menguji mereka dari aspek memiliki zuriat sendiri. Namun, Allah juga yang memberikan mereka satu nikmat yang tidak terjangkau iaitu membentuk kumpulan yang dapat berbakti kepada anak yatim, anak terbiar, anak jalanan, anak yang dibuang keluarga dan macam-macam latar belakang lagi.
"Mungkin kami harap salah seorang antara anak-anak itu yang ingat pada kami, yang mungkin dalam ada doanya ada nama kami yang amat kami dambakan, Insya-Allah. Itu dorongan paling kuat," jelas Norhana.
Antara projek yang telah dilaksanakan Kengkawan Project termasuklah, Misi Bantuan Banjir kepada mangsa banjir di negeri Pantai Timur, Konsert Amal Mata Hati, Cuci Surau, Free Breakfast, Projek Khatan, Hadtih Open Mic, F.LO.H Festival dan pelbagai lagi.
"Harapan kami besar, antara yang paling kami harapkan secara peribadinya, supaya ada org yang sanggup meneruskan kerja amal kami ini kerana umur kita tidak panjang.
"Kita pun tidak tahu mungkin esok, lusa, kita tiada. Tapi saya harap ahli Kengkawan yang lain akan meneruskan jariah ini, bukan sahaja ahli tapi masyarakat luar yang mungkin terinspirasi dengan cara kami, akan berbuat demikian untuk orang lain," katanya mengakhiri perbualan.
Khairunnisa Kasnoon
Sun Dec 27 2015
Norhana dan Faizal gembira melakukan kerja mulia bersama jaringan kenalan dan sahabat mereka dalam Kengkawan Project. - Foto Astro AWANI
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mercy Malaysia raih RM6 juta untuk Tabung Kecemasan Gempa Bumi Turkiye-Syria 2023
"Organisasi korporat, institusi, para dermawan dan anggota masyarakat patut menyumbang bagi memastikan pendanaan dan sokongan yang konsisten."
Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta
Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.
BNM umum tambahan peruntukan bagi dana PKS, tambah baik ciri kemudahan
Peruntukan tambahan RM4 bilion bagi Dana BNM untuk PKS, termasuk peruntukan bagi Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar sebanyak RM2 bilion.
Bantuan FIFA mampu bantu atasi isu kewangan
Pada Khamis, FIFA sebulat suara meluluskan pelan bantuan Covid-19 itu selepas mengambil kira pelbagai faktor yang melumpuhkan industri bola sepak dunia.
Kengkawan Project: Berani kutip dana dengan cara berbeza
Bergerak atas platform NGO dan ikatan persahabatan, Kengkawan Project menubuhkan dana untuk menabur bakti kepada pelbagai pihak yang memerlukan bantuan.
Kenyataan IMF tidak membantu Greece
Pengakuan IMF berkaitan kegagalan dana bantuan pertama membantu memulihkan ekonomi Greece mendapat reaksi parti pembangkang negara itu.
Mesir mahukan IMF sambung semula rundingan
Mesir berharap Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dapat menyambung semula rundingan untuk menyalur segera dana bantuan ke negara itu.