Kenyataan menghasut berikut tidak boleh diterima dan pihak Polis DiRaja Malaysia akan mengambil tindakan tegas dengan segera, menurut Khalid dalam Twitternya pada Ahad.
Jamal yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya bertarikh 21 September lalu, berkata beliau berjanji tragedi berdarah 13 Mei bakal berulang sekiranya perhimpunan Bersih 5 akan diteruskan pada 19 November depan.

Bagaimanapun,Jamal melalui akaun Facebook "Dato Jamal Yunos" menyatakan akaun Facebook yang memaparkan kenyataan itu adalah palsu dan menuduh DAP sebagai pihak yang bertanggungjawab memalsukan akaun beliau.
BACA: Lawan Bersih 5 secara intelektual, nasihat Perkasa kepada Baju Merah

Kumpulan Bersih 2.0 mendakwa gerakan Baju Merah sebagai dalang yang menyebabkan kekecohan dan keganasan dalam perhimpunan Bersih 5.
Awal hari ini, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin turut mengecam tindakan ganas yang dicetuskan penyokong ekstrem kumpulan Baju Merah ke atas aktivis Bersih 5 dalam kejadian di Sabak Bernam pada Sabtu.