KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Datuk Awang Solahuddin Hashim, menuntut Ahli Parlimen Pendang itu supaya membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkannya terhadap Perdana Menteri itu di lobi Parlimen, semalam.
Menurut peguam Datuk SN Nair, jika pihaknya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan daripada Awang Solahuddin dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis, tindakan perundangan akan diteruskan terhadap Awang Solahuddin.
Berdasarkan notis tuntutan itu, pada 21 Feb lepas, Awang Solahuddin telah mengungkapkan atau membuat kenyataan kepada pemberita di lobi di luar Dewan Rakyat mengenai Perdana Menteri.
Nair berkata keseluruhan ungkapan atau kenyataan Awang Solahuddin telah dipetik dan diterbitkan menerusi artikel Malaysiakini bertajuk "MP PAS: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir" dan artikel Berita Harian bertajuk "Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Tun M" pada tarikh sama (21 Feb).
"Anak guam kami menegaskan bahawa perkataan-perkataan memfitnah dalam artikel-artikel berkenaan adalah tidak benar dan didorong oleh niat jahat serta penyelewengan fakta yang menunjukkan ketidakwajaran di pihak anak guam kami dalam usaha untuk mencari publisiti murahan bagi meraih manfaat dan tujuan politik.
"Ia juga dibuat untuk menggagalkan matlamat dan komitmen anak guam kami dalam mewujudkan tata kelola pentadbiran kerajaan yang baik dan telus serta mendukung aspirasi Malaysia Madani," kata peguam itu.
Nair berkata anak guamnya menghormati dan mendukung keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang di bawah Rukun Negara dan kesemua badan-badan penyiasatan dan pendakwaan adalah bertindak secara bebas serta apa-apa cubaan untuk mencadangkan yang sebaliknya adalah tindakan melontarkan satu aspersi yang amat serius terhadap reputasi dan integriti anak guamnya secara persendirian dan dalam jawatannya sebagai Perdana Menteri.
"Anak guam kami juga konsisten dengan pendiriannya dalam membanteras korupsi dan menyokong kebebasan institusi penyiasatan dan pendakwaan dalam mewujudkan tata kelola yang baik dan telus," katanya.
Menurut Nair, perkataan-perkataan memfitnah itu secara keseluruhannya antara lain membawa maksud bahawa Pengerusi Pakatan Harapan telah menyalah guna kuasanya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta campur tangan dalam institusi penguatkuasa dan pendakwaan di Malaysia, tidak beretika selain seorang pendendam.
Beliau berkata Anwar tidak pernah campur tangan dalam bidang kuasa penyiasatan agensi-agensi penguat kuasa di Malaysia dan oleh itu, tidak mengamalkan apa-apa penyiasatan terpilih seperti yang dituduh secara melulu oleh Awang Solahuddin.
"Dakwaan itu telah direka oleh YB Awang Solahuddin secara langsung atau tidak langsung terhadap anak guam kami seperti yang terkandung dalam perkataan-perkataan memfitnah itu.
"Selain itu anak guam kami memohon penarikan balik perkataan memfitnah dan segala komen yang menyinggung perasaan dengan serta-merta selain permohonan maaf tanpa syarat, aku janji bertulis oleh YB Awang Solahuddin untuk tidak mengulangi perkataan memfitnah itu," menurut peguam itu.
Berdasarkan notis tuntutan itu, Nair memaklumkan anak guamnya akan menuntut ganti rugi atas tindakan Awang Solahuddin.
Nair ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menghantar notis tuntutan itu kepada Awang Solahuddin melalui kiriman pos dan e-mel.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Datuk Awang Solahuddin Hashim, menuntut Ahli Parlimen Pendang itu supaya membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkannya semalam. - BERNAMA
ESSCOM patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM870,000
ESSCOM menahan dua warga asing dan mematahkan cubaan menyeludup rokok membabitkan nilai anggaran selepas cukai sebanyak RM871,854.40.
Pantau Belanjawan: AI mengubah landskap kerjaya, apa nasib graduan?
Berdasarkan laporan Decoding Global Talent Report 2024: GenAI Edition, 79 peratus profesional Malaysia menjangkakan artificial intelligence (AI) akan mempengaruhi sebahagian besar kerjaya mereka, dengan 28 peratus bersedia menghadapi transformasi ini. Bersama Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. Ts. Dr. Zuriati, membincangkan tentang masa depan graduan dalam era automasi dan AI ini dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri untuk kekal relevan.
Saham Nvidia menjunam 17 peratus, capai paras saham AS terendah 'angkara' DeepSeek
Saham Nvidia susut 17 peratus pada 27 Januari, menyebabkan nilai pasarannya berkurangan sebanyak AS$589 bilion.
Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
AWANI Pagi: OP Selamat 23: Tahun Baharu Cina 2025
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri membincangkan mengenai segalanya tentang trafik, Op Selamat dan usaha pihak polis menjaga keselamatan khususnya semasa musim perayaan.
E-Commerce: Tackling Malaysia’s logistics divide
CEO of Ninja Van Malaysia, Lin Zheng shares insights on tackling logistical bottlenecks, especially between Peninsular and East Malaysia, while driving innovation to transform the nation’s e-commerce landscape.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
AWANI Ringkas: Selamat Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.
PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan
Perdana Menteri berharap ia menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.
Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
Dasar jelas Ekonomi MADANI bantu Malaysia raih pelaburan utama industri AI - PM Anwar
Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, serta bertemu pemimpin Kesatuan Eropah (EU).
PM Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin dengan pemimpin Belgium, EU - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia-Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.
PM Anwar akhiri lawatan kerja di UK, berlepas ke Belgium
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) hari ini.
PM Anwar bertemu Corbyn, kongsi pendapat hubungan Malaysia-UK, gencatan senjata di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.